Citation
Siron, Rusinah
(2005)
Komitmen Pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Bertaraf Universiti Terhadap Organisasi.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap dan faktor-faktor yang berkaitan
dengan komitmen pensyarah lnstiiusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bertaraf
universiti terhadap organisasi. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti
status persepsi pensyarah IPTS bertaraf universiti terhadap pembolehubah
tidak bersandar dan pembolehubah bersandar iaitu komitmen terhadap
organisasi serta rnengenalpasti sumbangan pembolehubah tidak bersandar
kepada komitmen terhadap organisasi. Populasi kajian merangkumi 457 orang
pensyarah di empat buah IPTS bertaraf universiti iaitu Universiti Tenaga
Nasional, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti
Tun Abdul Razak. Terdapat 332 daripada 457 set soal selidik yang diedarkan kepada pensyarah IPTS bertaraf universiti yang dapat digunakan untuk analisis
seterusnya.
Kajian ini menggunakan lima dimensi pembolehubah tidak bersandar iaitu ciriciri
demografi terpilih, dimensi ciri-ciri kerja, dimensi sikap dan amalan
pengurusan, dimensi nilai kerja dan dimensi kepemimpinan pentadbir serta satu
pembolehubah bersandar iaitu komitmen terhadap organisasi. Aspek-aspek di
dalam ciri-ciri dernografi terpilih adalah umur, jangka masa perkhidmatan
dengan organisasi kini, jangka masa perkhidmatan dengan organisasi lain dan
pendapatan. Aspek-aspek di dalam dimensi ciri-ciri ke rja adalah seperti identiti
kerja, keragaman kemahiran, autonomi kerja, maklum balas kerja dan
kerumitan kerja. Bagi dimensi sikap dan amalan pengurusan, terdapat enam
aspek di daiam dimensi tersebut iaitu sikap kumpulan kerja terhadap
organisasi, harapan terhadap pencapaian, cabaran kerja, kepentingan
sumbangan pensyarah, keutuhan imej kendiri dan amalan pengurusan.
Terdapat dua aspek di dalam dimensi nilai kerja iaitu nilai kerja intrinsik dan
nilai kerja ekstrinsik. Bagi dimensi kepemimpinan pentadbir pula terdapat tiga
aspek iaitu pemikiran, hubungan dengan pensyarah dan ciri-ciri tingkah laku
dan personaliti pentadbir.
Kajian mendapati status persepsi pensyarah IPTS bertaraf universiti terhadap
empat dimensi pembolehubah tidak bersandar menunjukkan tiga aspek dalam
dimensi ciri-ciri ke rja berada pada status persepsi yang sederhana memuaskan iaitu keragaman kemahiran, autonomi ke rja dan maklum balas kerja. Dua aspek
lagi iaitu identiti kerja dan kerumitan kerja berada pada status persepsi yang
memuaskan. Kajian juga mendapati empat aspek dalam dimensi sikap dan
amalan pengurusan mendapat status persepsi yang sederhana memuaskan
iaitu sikap kumpulan kerja terhadap organisasi, harapan terhadap pencapaian,
kepentingan sumbangan pensyarah dan amalan pengurusan, manakala dua
aspek lagi dalam dimensi sikap dan amalan pengurusan mendapat status
persepsi yang memuaskan iaitu cabaran kerja dan keutuhan imej kendiri.
Kedua-dua aspek dalam dimensi nilai kerja iaitu nilai kerja intrinsik dan nilai
kerja ekstrinsik mendapat status persepsi yang memuaskan. Kesemua aspek
dalam dimensi kepemimpinan pentadbir iaitu pemikiran, hubungan dengan
pensyarah dan ciri-ciri tingkah laku dan personaliti adalah berada pada status
persepsi yang sederhana memuaskan.
Kajian mendapati tahap komitmen pensyarah IPTS terhadap organisasi adalah
berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati hanya satu
aspek dalam ciri-ciri demografi terpilih iaitu jangkamasa perkhidmatan dengan
organisasi kini yang mempunyai perkaitan yang bererti dengan komitrnen
terhadap organisasi. Kesemua aspek dalam dimensi ciri-ciri kerja mempunyai
perkaitan yang positif dan bererti dengan komitmen terhadap organisasi. Begitu
juga dengan kesemua aspek dalam dimensi sikap dan amalan pengurusan
mempunyai perkaitan yang positif dan bererti dengan komitmen terhadap
organisasi. Kedua-dua aspek dalam dimensi nilai kerja iaitu nilai kerja intrinsik dan nilai keja ekstrinsik juga mempunyai perkaitan yang positif dan bererti
dengan komitmen terhadap organisasi. Kesemua aspek dalam dimensi
kepemimpinan pentadbir didapati tidak rnempunyai perkaitan yang bererti
dengan komitrnen terhadap organisasi. Enam aspek dalam pembolehubah
tidak bersandar iaitu amalan pengurusan, keragaman kemahiran, nilai ke ja
intrinsik, kepentingan sumbangan pensyarah, cabaran keja serta autonomi
ke rja menyumbang 41 peratus varians terhadap komitmen terhadap organisasi.
Kajian menyarankan bahawa model komitmen terhadap organisasi boleh
digunakan sebagai rangka kajian yang sesuai untuk mengkaji komitmen
terhadap organisasi dan membentuk suatu model pilihan komitmen terhadap
organisasi yang lebih komprehensif dalam konteks di Malaysia. Kajian juga
menyarankan beberapa cadangan kepada pihak pentadbir organisasi dan pihak
pensyarah dalam usaha untuk meningkatkan komitrnen pensyarah IPTS
bertaraf universiti terhadap organisasi. Kajian ini juga mencadangkan bahawa
kajian pada masa akan datang harus meliputi semua kumpulan pensyarah di
IPTS bertaraf kolej dan kolej universiti serta kumpulan pensyarah di lnstitusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |