UPM Institutional Repository

Pemahaman tentang falsafah ibadat dan pengalaman mengajar ibadat dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam sekolah rendah


Citation

Mohd Fakhruddin, Fathiyah and Alwi, Nor Hayati (2013) Pemahaman tentang falsafah ibadat dan pengalaman mengajar ibadat dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam sekolah rendah. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2013 kali ke IV (MEDC 2013), 23-25 Sept. 2013, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur. (pp. 226-241).

Abstract

Ibadat ialah salah satu komponen penting dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Pelaksanaan ibadat adalah bersumberkan daripada simpulan akidah yang mantap manakala akhlak pula ialah hasil daripada pelaksanaan ibadat dan kemantapan akidah. Oleh itu, adalah penting dan menarik untuk meneliti pengajaran komponen ibadat dalam pengajaran Pendidikan Islam oleh guru-guru Pendidikan Islam sekolah rendah. Kajian ini dilakukan bagi meneliti apakah yang difahami guru tentang falsafah ibadat dan pengalaman mereka mengajar Ibadat kepada murid-murid sekolah rendah. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan temu bual sebagai kaedah pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Ibadat difahami sebagai amalan yang berbentuk praktikal dan dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Dapatan turut menunjukkan Ibadat diajar kepada murid sekolah rendah dengan memberi tumpuan kepada penerangan secara teori dan amali (tunjuk cara) dan latihan pembiasaan. Kesimpulannya, kajian ini mengisyaratkan bahawa falsafah Ibadat difahami oleh guru-guru Pendidikan Islam sebagai satu amalan yang asas dan ringkas sesuai dengan peringkat usia murid-murid sekolah rendah. Begitu juga aspek kaedah pengajaran yang lebih menekankan teori dan amali serta latihan pembiasaan ibadat asas khasnya solat. Kajian ini menyumbang kepada penambahbaikan terhadap latihan kepada bakal guru agar dilakukan peningkatan daripada aspek pengajaran Ibadat kepada murid di sekolah rendah terutamanya berkaitan dengan falsafah Ibadat dan bagaimana untuk menterjemahkan falsafah berkenaan dalam pengajaran mereka.


Download File

[img] Text
ProsidingMEDC-2.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (198kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Institute of Education, International Islamic University Malaysia
Keywords: Worship; Philosophy of worship; Teaching worship; Islamic education; Islamic education teachers
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Jul 2018 02:20
Last Modified: 04 Jul 2018 02:20
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64209
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item