UPM Institutional Repository

Amalan pengajaran guru bahasa Melayu berdasarkan persepsi murid


Citation

Jamian, Abdul Rasid and Othman, Shamsudin and Mohd Zain, Nor Syafiqah (2013) Amalan pengajaran guru bahasa Melayu berdasarkan persepsi murid. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2013 kali ke IV (MEDC 2013), 23-25 Sept. 2013, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur. (pp. 63-73).

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi murid terhadap amalan pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah menengah.Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 148 orang murid tingkatan empat di Johor. Dapatan menunjukkan bahawa amalan pengajaran guru Bahasa Melayu tingkatan empat sekolah menengah menunjukkan skor min 2.97 (SP = 0.451) dan berada pada tahap sederhana. Min keseluruhan dapatan amalan pengajaran guru Bahasa Melayu berdasarkan komponen permulaan pengajaran menunjukkan 2.87 (SP = 0.458) dan berada pada tahap sederhana. Manakala min keseluruhan dapatan amalan pengajaran guru Bahasa Melayu berdasarkan komponen perkembangan pengajaran menunjukkan skor min 3.01 (SP = 0.510) dan berada pada tahap tinggi. Ini diikuti pula, min keseluruhan dapatan amalan pengajaran guru Bahasa Melayu berdasarkan komponen penutupan pengajaran pula menunjukkan skor min 3.02 (SP = 0.478). Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan guru lebih mementingkan kepada pengukuhan isi pelajaran berbanding amalan memberi pujian bagi meningkatkan motivasi murid untuk hadir dan mengikut pelajaran seterusnya pada peringkat penutupan pengajaran.


Download File

[img] Text
ProsidingMEDC-1.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (268kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Institute of Education, International Islamic University Malaysia
Keywords: Teaching practice; Teaching Malay language; Teaching development
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Jul 2018 02:20
Last Modified: 04 Jul 2018 02:20
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64208
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item