Citation
A. Samah, Azimah
(2004)
Keberkesanan Aplikasi Teknologi Komputer Dalam Aktiviti Penghasilan Pendidikan Seni.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Aplikasi teknologi komputer telah dimasukkan dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Seni Visual yang dilancarkan pada 2003. Oleh itu, adalah wajar
komputer digunakan sebagai alat pengujian dalam Pendidikan Seni Grafik.
Objektif penyelidikan ini ialah untuk menentukan keberkesanan penggunaan
komputer dalam menghasilkan poster. Aspek yang dikaji merangkumi empat
tumpuan utama, iaitu interpretasi, gubahan, warna dan kreativiti dalam poster
yang dihasilkan oleh pelajar. Hasil karya dibuat dengan menggunakan dua
kaedah iaitu kaedah konvensional dan aplikasi komputer.
Dua kumpulan telah dipilih dalam kajian ini iaitu kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan. Setiap kumpulan terdiri dari 35 orang pelajar tingkatan
empat yang mengambil Pendidikan Seni Visual sebagai mata pelalajaran elektif.
Kajian berlangsung selama 18 minggu dan setiap proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan selama dua jam iaitu bersamaan 36 jam. Reka bentuk
kajian yang digunakan ialah reka bentuk penyelidikan eksperimen. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan markah yang signifikan antara markah
bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam pasca ujian. lmplikasi
kajian menunjukkan aplikasi penggunaan perisian komputer adalah merupakan
satu alternatif dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dan berupaya
membantu meningkatkan pencapaian markah pelajar dari aspek interpretasi,
gubahan, warna dan kreativiti.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |