UPM Institutional Repository

Pola pengundian orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum 2008 di Selangor


Citation

Boyman, Siti Noranizahhafizah (2015) Pola pengundian orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum 2008 di Selangor. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tesis ini mengkaji pola pengundian orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 di Selangor dengan memfokuskan pengundi di bandar dan luar bandar. Objektif kajian yang pertama adalah untuk menjelaskan pola pengundian pengundi Melayu di Selangor pada PRU 2008. Kedua, kajian ini akan menjelaskan sentimen pengundi Melayu yang tinggal di bandar dan luar bandar semasa PRU 2008 di Selangor. Ketiga, kajian ini juga akan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pola pengundian pengundi Melayu di Selangor pada PRU 2008. Kaedah kajiselidik dan temubual digunakan untuk menjawab segala objektif dalam kajian ini. Data-data yang digunakan adalah lebih terperinci kerana merangkumi aspek empirikal dan kualitatif yang melibatkan kajian lapangan. Kajian ini menggabungkan ketiga-tiga teori iaitu identifikasi parti, pilihan rasional dan asasasas sosiologikal untuk menjelaskan pola pengundian orang Melayu di Selangor. Dapatan kajian ini menemukan lima perkara. Pertama, hasil analisis menunjukkan kawasan-kawasan majoriti Melayu telah berubah dengan sokongan padu kepada PR pada PRU 2008. Berdasarkan kajian empirikal yang dilakukan, daripada 37 kawasan majoriti pengundi Melayu, 19 kawasan telah dimenangi oleh PR (8 PAS, 11 PKR). Selebihnya 18 kawasan majoriti Melayu dimenangi oleh BN. Namun, 16 kawasan majoriti Melayu yang dimenangi tersebut mengalami penurunan undi majoriti jika dibandingkan dengan PRU 2004. Kedua, dapatan kajian menggambarkan sentimen pengundi Melayu berpihak kepada PR pada PRU 2008. Terdapat perbezaan sentimen pengundi di bandar dengan pengundi di luar bandar. Pengundi di bandar lebih berpihak kepada PR berbanding pengundi luar bandar. Ketiga, faktor yang menyebabkan perubahan pola pengundian ini berlaku mengikut kedudukan yang utama iaitu parti, calon, ekonomi, isu semasa dan media. Keempat, keputusan empirikal mendapati terdapat perbezaan keutamaan faktor-faktor yang mempengaruhi pengundi di bandar dan luar bandar. Di bandar, pilihan utama mereka ialah calon, parti, isu semasa, ekonomi dan media. Manakala di luar bandar parti, ekonomi, calon, isu semasa dan media. Akhir sekali, latar belakang responden juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pola pengundian. Secara keseluruhannya, kajian yang dilakukan di dalam tesis ini telah menemukan beberapa dapatan penting yang mengisi lacuna kajian-kajian lepas dengan lebih terperinci menggunakan data-data kuantitaf dan kualitatif serta gabungan beberapa teori. Apa yang jelas ialah dengan penemuan tersebut, tesis ini menyumbang kepada khazanah ilmu politik, iaitu menjelaskan apa dan kenapa pola pengundian Melayu berubah di Selangor pada PRU 2008.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2015 61IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Voting - Malay - Malaysia
Subject: Sociological aspect - Case studies
Call Number: FEM 2015 61
Chairman Supervisor: Prof. Jayum Anak Jawan, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 24 May 2018 07:14
Last Modified: 24 May 2018 07:14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64115
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item