Citation
Ahmad Tajudeen, Aishah Bee
(2004)
Kepuasan Kerja dan Tekanan Yang Dihadapi Oleh Guru Sekolah Menengah.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pendidikan dapat membentuk satu bangsa yang utuh dan kukuh. Nadi kepada pendidikan
itu ialah guru. Dewasa ini tugas guru semakin mencabar dan menuntut kesabaran dan
ketabahan yang lebih. Kepuasan kerja dm tekanan yang dihadapi oleh guru sekolah
menengah perlu dititikberatkan agar kita tidak mengabaikan peranan yang dimainkan
oleh golongan pendidik dalam masyarakat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti
tahap kepuasan kerja dan tekanan yang dihadapi oleh guru sekolah menengah. Bagi
tujuan ini sebuah sekolah menengah telah dipilih. Data telah diperolehi daripada 100
guru melalui kaedah soal selidik dan diproses menggunakan perisian statistical package
for social science (SPSS). Dapatan kajian ini adalah tekanan kerja mempunyai hubungan
negatif yang signifikan dengan kepuasan kerja. Ini disebabkan responden guru sebagai
subjek kajian mendapat bebanan kerja dan tanggungjawab yang bertambah sama ada
bebanan mengajar atau bukan sehingga wujud hubungan songsang antara tekanan kerja
dengan kepuasan kerja. Dengan perkataan lain semakin banyak bebanan guru semakin
tinggi tekanan sehingga menurunkan kepuasan kerja, dan sebaliknya semakin kurang
bebanan guru maka akan semakin tinggi kepuasan bekerja guru. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa bebanan tugas adalah antara faktor yang memberi tekanan kepada
guru. Justeru, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu memberi penelitian terhadap
bebanan tugas yang dihadapi oleh golongan guru agar peranan utarna mereka sebagai
pendidik dalam membina bangsa Malaysia yang cemerlang tidak terjejas.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |