UPM Institutional Repository

Amalan Kepimpinan Pengajaran Pengetua Sekolah Menengah Luar Bandar


Citation

Mohamed Ali, Mohd Suhaimi (2004) Amalan Kepimpinan Pengajaran Pengetua Sekolah Menengah Luar Bandar. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan kepemimpinan pengajaran pengetua sekolah menengah luar bandar. Tiga objektif kajian ini ialah (i) meneliti amalan kepemimpinan pengajaran pengetua sekolah menengah luar bandar, (ii) mengenal pasti nilai dan kepercayaan pengetua serta strategi yang dilaksanakan mereka dan (iii) mengenal pasti elemen yang mempengaruhi amalan dan tingkah laku kepemimpinan pengajaran pengetua. Kajian yang menggunakan kaedah kualitatif ini melibatkan teknik temu bual dengan tiga informan utama iaitu pengetua di tiga buah sekolah menengah luar bandar di Negeri Perak. Selain itu, temu bual guru-guru, pemerhatian dan tinjauan dokumen turut digunakan sebagai satu kaedah triangulasi. Proses penjanaan data memerlukan penyelidik berada sekurang-kurangnya 15 hari di setiap buah sekolah. Sekolah yang dipilih terdiri daripada tiga kategori iaitu sekolah cemerlang, sekolah sederhana dan sekolah lemah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan kepemimpinan pengajaran pengetua sekolah menengah luar bandar boleh ditakrifkan secara luas iaitu semua aktiviti kepemimpinan yang memberi kesan kepada pencapaian pelajar. Amalan yang dilaksanakan ialah menyempurnakan program pengajaran dan pembelajaran, menetapkan iklim sekolah yang positif dan membentuk rangkaian hubungan dengan guru dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. Untuk menyempurnakan matlamat ini, pengetua merancang, melaksana dan memantau program dan aktiviti sekolah. Dalam menetapkan iklim sekolah, pengetua berusaha mewujudkan budaya sekolah yang dapat merapatkan warga sekolah. Membentuk rangkaian hubungan merujuk kepada kemampuan pengetua membina rangkaian hubungan dengan guru, pelajar dan ibu bapa. Dapatan kajian juga menunjukkan pengetua yang mempunyai nilai dan kepercayaan yang positif terhadap stakeholders dan jangkaan yang tinggi terhadap murid mampu membawa perubahan kepada sekolah mereka. Demikian juga sebaliknya, pengetua yang mempunyai nilai dan kepercayaan yang negatif menghadapi masalah dalam peranan kepemimpinan mereka. Dapatan kajian turut menunjukkan selain pengalaman profesional, kesediaan dan ciri personal pengetua mempengaruhi amalan mereka. Walaupun ketigatiga sekolah terletak di luar bandar, konteks sekolah yang berbeza dari segi budaya sekolah, pelajar dan komuniti juga mempengaruhi amalan kepemimpinan mereka. Dapatan kajian menunjukkan sistem pemantauan, nilai dan kepercayaaan, stail kepemimpinan dan konteks sekolah membezakan pengetua sekolah cemerlang, sederhana dan lemah. Dapat dirumuskan empat amalan kepemimpinan pengetua sekolah luar bandar jika mereka ingin mencapai kejayaan. Pertama, amalan kepemimpinan berorientasikan perkongsian, kedua, nilai dan kepercayaan pengetua yang positif, ketiga, pengalaman profesional dan ketrampilan dan terakhir, kemampuan mewujudkan budaya positif di sekolah.


Download File

[img] Text
FPP_2004_9.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Educational leadership
Subject: Mentoring in education
Call Number: FPP 2004 9
Chairman Supervisor: Professor Datin Sharifah Md. Nor, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 14 May 2010 03:27
Last Modified: 26 Oct 2023 07:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6388
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item