UPM Institutional Repository

Tahap keberkesanan lagu si pintar dan si manis dan kura-kura terhadap kanak-kanak


Citation

Sulong, Siti Noor Riha and Rahim, Normaliza Abd (2017) Tahap keberkesanan lagu si pintar dan si manis dan kura-kura terhadap kanak-kanak. Journal of Business and Social Development, 5 (2). 102 - 110. ISSN 2289-2915

Abstract

Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Karya sastera juga mengungkapkan unsur akaliah yang sifatnya indah. Lantaran itu, lagu rakyat merupakan khazanah yang bernilai kepada sesebuah negara. Setiap pengolahan lagu rakyat tersebut sudah pasti memberi impak yang besar kepada masyarakat yang hidup di negara tersebut khususnya golongan kanak-kanak. Oleh hal yang demikian, lagu rakyat ini secara tidak langsung selayaknya mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam kalangan masyarakat khususnya kepada kanak-kanak. Ini kerana lagu rakyat yang dihasilkan bukan sahaja memberikan hiburan semata-mata malah setiap pengolahan menerusi jalan cerita yang disampaikan menerusi karya-karya sastera tersebut mampu memberi pengajaran yang berguna kepada kanak-kanak. Oleh yang demikian, kajian ini akan membuktikan bahawa lagu rakyat yang diperoleh pada hari ini banyak memberi kepentingan dan fungsinya kepada kanak-kanak dalam setiap penghasilan lagu-lagu rakyat tersebut.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Tahap keberkesanan lagu si pintar dan si manis dan kura-kura terhadap kanak-kanak.pdf

Download (5kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu
Keywords: Literature; Malay literature
Depositing User: Mohd Hafiz Che Mahasan
Date Deposited: 16 Oct 2018 09:24
Last Modified: 16 Oct 2018 09:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/63378
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item