UPM Institutional Repository

Punca kes kehilangan kanak-kanak berdasarkan perspektif belia di Serdang, Selangor


Citation

Mohd Khir, Azlina and Rodzuwan, Nor Aina Syafiqa and Muhammad Nizam, Noor Shahirah (2017) Punca kes kehilangan kanak-kanak berdasarkan perspektif belia di Serdang, Selangor. Malaysian Journal of Youth Studies, 17 (2017). 83 - 100. ISSN 2180-1649

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi belia terhadap punca kes kehilangan kanak-kanak. Antara punca kehilangan yang dikaji adalah keluarga, individu, rakan sebaya dan persekitaran. Seramai 120 orang belia di Serdang, Selangor dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan terlibat dalam kajian ini. Data diperolehi menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden. Instrumen kajian ini dibina sendiri oleh penyelidik. Hasil kajian menunjukkan responden mempersepsikan punca utama kes kehilangan kanak-kanak adalah keluarga (min=24.66; s.p=2.75) diikuti oleh individu (min=23.28; s.p=2.86), rakan sebaya (min=23.13; s.p=3.14) dan persekitaran (min=22.96; s.p=3.36). Bagi punca keluarga, kesibukan ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anakanak menjadi punca utama kes kehilangan kanak-kanak (min=4.30; s.p=0.681). Manakala bagi punca individu, kanak-kanak yang didera secara fizikal atau seksual menyebabkan kanak-kanak meninggalkan rumah (min=4.16; s.p=0.810). Berikutnya bagi punca rakan sebaya, belia mempersepsikan bahawa kanak-kanak menganggap rakan sebaya mampu memberikan keseronokan kepada mereka (min=4.18; s.p=0.694). Punca terakhir iaitu persekitaran adalah disebabkan oleh penculikan kanak-kanak oleh orang yang tidak dikenali yang semakin meningkat (min=4.23; s.p=0.867). Kesimpulannya, belia mempersepsikan kehilangan kanakkanak adalah disebabkan oleh keempat-empat punca yang dikaji iaitu keluarga, individu, rakan sebaya dan persekitaran. Namun, punca yang dominan adalah faktor keluarga. Justeru, dalam usaha untuk menangani masalah kehilangan kanakkanak ini, ahli keluarga terutamanya ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting. Walaupun dunia kini memperlihatkan ibu bapa masing-masing sibuk bekerja, namun ibu bapa bertanggungjawab untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak agar perkembangan anak-anak dapat dipantau dari semasa ke semasa dan masalah kanak- kanak hilang dapat diatasi.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
Keywords: Perception of youth; Missing children cases; Causes of the missing children cases
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 23 Nov 2022 07:22
Last Modified: 23 Nov 2022 07:22
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/62891
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item