Citation
Saidin, Saidatul Husni
(2005)
Pemencilan, Identifikasi dan Penilaian Aktiviti Antioksidan Flavonoid Daripada Daun Morinda Citrifolia (Mengkudu) dan Premna Serratifolia (Be Buas).
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Sembilan komponen flavonoid berjaya diasingkan daripada daun Morinda
citrifolia dan daun Premna serratifolia. Lima daripadanya adalah komponen
flavonoid yang diasingkan dan dikenalpasti daripada daun Morinda citrifolia
iaitu quercetin-3,7-0-dimethyl ether, quercetin 3-0-methyl ether, kaempferol
3,4'-0-dimethyl ether, kaempferol 5,7-0-diarabinoside dan apigenin.
Manakala empat komponen flavonoid lagi berjaya dikenalpasti daripada
daun Premna senatifolia; luteolin 7-0-methyl ether, apigenin 5,7-0-dimethyl
ether dan dua terbitan flavone C-glycoside. Pemencilan komponen flavonoid
dilakukan dengan menggunakan teknik kertas kromatografi dengan empat sistem pelarut yang berbeza; BAW (n-butanokasid asetik:air; 4: 1 :5), 15%
asid asetik, BEW (n-butano1:etanol:air; 4:1:2.2) dan air. Flavonoid
dikenalpasti melalui warnanya di bawah sinar ultra violet (UV) denganltanpa
wap amonia (NH3), nilai Rf, hidrolisis asid untuk mengasingkan flavonoid
aglikon dan gula serta perbandingan ko-kromatografi dengan bahan
penanda piawai dan analisis spektrum menggunakan satu siri bahan
reagen; (NaOAc +H3B03), NaOH dan (AICI3+2N HCI). Semua komponen
flavonoid yang ditemui merupakan penemuan baru dan belum pernah
dilaporkan ditemui pada tumbuhan yang sama. Aktiviti antioksidan bagi
setiap komponen flavonoid ditentukan dengan menggunakan teknik
Pelunturan 13-karotena (BCB). Butylated hydroxyl toluene (BHT) dan
quercetin digunakan sebagai bahan penanda piawai positif. Hasil daripada
kajian menunjukkan kesemua komponen flavonoid yang telah diasingkan
mempunyai aktiviti antioksidan pada minit ke 40. Quercetin 3-0-methyl
ether mempunyai aktiviti antioksidan yang tertinggi dengan nilai 77.67% dan
di ikuti quercetin 3,7-0-di methyl ether (77.OO%), luteolin 7-0-methyl ether
(74.1 0%), kaempferol 3,4'-0-dimethyl ether (66.47%), apigeni n (58.1 0%),
kaempferol 5,7-0-diarabinoside (56.14%), apigenin-5,7-0-dimethyl ether
(38.10%), flavone-C-glycoside daripada ekstrak ekstrak petroleum eter P.
serratifolia (35.70%) dan flavone-C-glycoside daripada ekstrak klorofom P.
serratifolia (21.47%). Ujian statistik dijalankan dengan menggunakan
kaedah ANOVA-Satu Hala dan ujian post-hoc, Tukey; daripada perisian
SPSS versi 1 1.0 didapati kesemua komponen flavonoid mempunyai perbezaan purata aktiviti antioksidan yang signifikan dengan bahan
penanda piawai positif, quercetin dan BHT yang digunakan dengan nilai p<
0.05.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |