Citation
Abdul Razak, Rina Juliana and Kamarudin, Nurzatulshima
(2017)
Persekitaran pembelajaran kemahiran hidup bersepadu serta hubungannya dengan kemahiran amali pelajar.
International Research Journal of Education and Sciences (IRJES), 1 (1).
36 - 42.
ISSN 2550-2158
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu(KHB) serta hubungannya dengan kemahiran amali pelajar. Tinjauan telah dijalankan ke atas 310 orang pelajar KHB tingkatan dua di lima buah Sekolah Menengah Kebangsaan di zon tengah Shah Alam, Selangor. Responden dipilih secara persampelan rawak mudah.Data diperolehi berasaskan soal selidik daripada kajian berbentuk tinjauan. Seterusnya, data dianalisis dengan menggunakan frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati pelajar mempunyai persepsi yang baik terhadap persekitaran pembelajaran (M= 3.77, SP= 0.40) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Daripada analisis data, dapatan menunjukkan tahap kemahiran amali pelajar adalah tinggi iaitu 3.96 dan sisihan piawai 0.51. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan hubungan antara persekitaran pembelajaran dengan kemahiran amali pelajar adalah signifikan (r= 0.575, p < 0.01). Justeru, dapatan ini menunjukkan pelajar yang berpersepsi baik terhadap persekitaran pembelajaran matapelajaran KHB juga berkemahiran amali yang tinggi.
Download File
Preview |
|
Text (Abstrak)
Persekitaran pembelajaran kemahiran hidup bersepadu serta hubungannya dengan kemahiran amali pelajar.pdf
Download (5kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |