Citation
Liu, Wei Wen
(2005)
Pencirian Sifat Optik, Mekanik dan Elektrik Kaca Bismuth Lithium Borat dan Fosfat.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Dalam kajian ini, kaca (Bi203),(LiC1),,(B203)za dalah terdiri daripada siri A1 (x = 0.005 y
= 0.045 z = 0.95), siri A2 (x = 0.01 y = 0.09 z = 0.90), siri A3 (x = 0.015 y = 0.135 z =
0.85), siri A4 (x = 0.02 y = 0.18 z = 0.80), siri B1 (x = 0.0075 y = 0.0425 z = 0.95), sin
B2 (x = 0.015 y = 0.085 z = 0.90), sin B3 (x = 0.0225 y = 0.1275 z = 0.85) dan sin B4 (x
= 0.03 y = 0.17 z = 0.80) telah disediakan dengan menggunakan teknik penyejukan
mendadak. Bagi sampel kaca (Bi203),(LiC1),(P205)kz.o,m posisi kaca terdiri daripada C 1
(x = 0.005 Y = 0.045 z = 0.95), sin C2 (x = 0.01 y = 0.09 z = 0.90), siri C3 (x = 0.015 y =
0.135 z = 0.85), siri C4 (x = 0.02 y = 0.1 8 z = 0.80), sin Dl (x = 0.0075 y = 0.0425 z =
0.95), sin D2 (x = 0.015 y = 0.085 z = 0.90), sin D3 (x = 0.0225 y = 0.1275 z = 0.85) dan
sin D4 (x = 0.03 y = 0.17 z = 0.80).
Ketumpatan kaca diukur dengan menggunakan prinsip Archimedes. Kaca bismuth litium
borat menunjukkan ketumpatan yang semakin bertambah tetapi ketumpatan bagi kaca
bismuth litium fosfat hanya naik pada awalnya dm kemudian menusun. Ujian tanpa musnah ultrasonik digunakan untuk menguji sifat kekenyalan kaca. Peralatan utama
yang digunakan ialah sistem MBS 8000 yang menggunakan kaedah dedenyut gema
kerana ia dapat menentukan nilai-nilai halaju gelombang membujur dan melintang yang
melalui sampel kaca. Halaju ultrasonik bagi kaca bismuth litium borat menunjukkan
corak peningkatan yang menyerupai anomali jika kita membandingkannya dengan corak
pertambahan yang ditunjukkan oleh kaca bismuth litium fosfat. Corak tersebut
menandakan penguatan rangkaian pada mulanya dan perlemahan kekuatan ikatan
keseluruhan yang beransur-ansur selepas suatu amaun tertentu pengubah suai rangkaian
Bi203 dan LiCl ditambahkan.
Kekonduksian ionik kaca diukur dengan menggunakan teknik pengukuran impedans
kompleks dalam julat frekuensi 20 Hz - 1 MHz. Sampel kaca dengan ketebalan 2mm
diapitkan di antara dua kepingan elektrod secara selari oleh klip spring. Konduktan, G
telah diukur untuk mengira kekonduksian ionik. Kekonduksian kaca bismuth litium
borat semakin bertambah dengan peningkatan kepekatan LiC1. Manakala kaca bismuth
litium fosfat menunjukkan kekonduksian yang bersifat anomali dalam penggantungan
komposisi oleh tenaga keaktifan. Struktur kaca memainkan peranan yang penting dalam
menentukan kekonduksian kaca. Pertambahan LiCl akan menyebabkan pembentukan
struktur rangkaian kaca yang lebih terbuka dan menghasilkan jalan pergerakan yang
lebih mudah untuk ion bergerak seperti ~ i ' .
Labsys DTA digunakan untuk menentukan suhu transisi kaca. T, bagi kaca bismuth
litium borat meningkat pada awalnya dan kemudiannya menurun dengan penarnbahan pengubah suai oksida. Perubahan daripada unit BO; kepada unit BO; dalam struktur
kaca telah menyebabkan kenaikan T, tetapi penghasilan oktahedral Bi06 menyebabkan
pengurangan nilai T,. Peningkatan nilai T, bagi kaca bismuth litium fosfat telah
diperhatikan semasa saiz cecincin bertarnbah daripada 2- kepada 4-ahli cecincin.
Tenaga jurang optik bagi kaca Bi203-LiC1-B203 menunjukkan pertambahan. Ini
disebabkan oleh perubahan struktur kaca daripada B0,- kepada BO; . Apabila
terhasilnya Bi06, tenaga jurang optik akan menurun dan ini berlaku pada kepekatan
Bi203 yang lebih tinggi. Tenaga jurang optik bagi kaca fosfat adalah tertinggi pada
kepekatan gelung yang terkecil atau P,O, tertinggi dan semakin menurun apabila gelung
terkecil digantikan dengan gelung yang lebih besar.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Glass - Optical properties - Mechanical properties |
Subject: |
Bismuth |
Call Number: |
FS 2005 37 |
Chairman Supervisor: |
Professor Madya Sidek Hj. Abd. Aziz, PhD |
Divisions: |
Faculty of Science |
Depositing User: |
Nur Izyan Mohd Zaki
|
Date Deposited: |
12 May 2010 03:58 |
Last Modified: |
19 Oct 2023 03:00 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6262 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |