Citation
Kamal, Eni
(2005)
Ekologi Hutan Paya Bakau Air Bangis Sumatera Barat Indonesia.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Suatu kajian terhadap persekitaran paya bakau, komuniti tumbuhan dan fauna,
produktiviti, dan fenologi tumbuhan telah dijalankan di lima kawasan Air
Bangis, Pasaman, Sumatra Barat, Indonesia. Pemerhatian dan pengumpulan
data dijalankan di kawasan: Pulau Unggas, Teluk Tapang, Batang Tomak
Barat, Batang Tomak Timur dan Pulau Taming dari Januari 1998 hingga
Disember 1999. Ciri-ciri persekitaran di hutan paya bakau pada lima kawasan
di Air Bangis adalah berbeza. Hutan paya bakau tumbuh pada pelbagai
substrat; loam, loam berkelodak, loam berpasir, liat dan hat berpasir dengan
saliniti air 8.25 - 34.00 ppt dan pH 5.25 - 8.00, suhu udara 22.00 - 33.75'C dan
kelembapan 73.00 - 96.00%. Terdapat juga kawasan mempunyai saliniti tinggi
32.23 + 1.65 ppt (julat 29.25 -34.00 ppt) suhu tinggi 30.52 + 1 .8g°C (julat 27.00
- 33.75OC) dan keadaan kering kontang, contohnya di Pulau Taming. Kawasan
tersebut mempunyai kurang komuniti tumbuhan dan fauna.Hutan paya bakau di Air Bangis, dapat dibahagikan kepada tiga kategori: (I)
kategori hutan paya bakau yang direntasi sungai (Batang Tomak Barat dan
Batang Tomak Timur), (11) kategori hutan paya bakau yang terdapat pada pulau
dan tumbuh di atas batu karang (Pulau Unggas dan Pulau Taming), dan (Ill)
kategori hutan paya bakau pada kawasan teluk, tumbuh pada substrat batu
karang dan pasir dan berhadapan dengan laut terbuka (Teluk Tapang).
Tumbuhan yang berbeza hidup dan beradaptasi kepada kategori hutan paya
bakau serta persekitarannya. Di Pulau Unggas, Batang Tomak Barat dan
Batang Tomak Timur dijumpai pelbagai spesies tumbuhan paya bakau, seperti
Rhizophora apiculata, R. mucronata, R. stylosa, Ceriops tagal, Bruguiera
sexangula dan Xylocap~sg ranatum. Di Teluk Tapang dan Pulau Taming, R.
apiculata dan R. stylosa adalah spesies dominan masing-masing. Spesies
Sonneratia caseolaris, Avicennia alba dan Aegiceras corniculatum hanya
dijumpai di Pulau Unggas, S. alba di Pulau Taming, S. ovata di Teluk Tapang,
B. parviflora di Batang Tomak Barat dan Heritiera littoralis di Batang Tomak
Timur.
Taburan tumbuhan hutan paya bakau ekslusif dan bukan ekslusif berbeza
mengikut kawasan. Contohnya di Pulau Unggas kumpulan ekslusif terdiri dari
11 spesies dan 6 Famili, bukan ekslusif 29 spesies dan 20 Famili. Secara
keseluruhan telah direkod 40 spesies dalam 26 Famili di Pulau Unggas, 19
spesies dalam 12 Famili di Teluk Tapang, 20 spesies 16 Famili di Batang
Tomak Timur, 20 spesies dalam 12 Famili di Batang Tomak Barat, dan 14
spesies dalam 11 Famili di Pulau Taming.Taburan fauna memperlihatkan adanya perbezaan mengikut kawasan.
Littorina scabra adalah spesies dominan terdapat di Pulau Unggas dan Teluk
Tapang. Telescopium telescopium banyak terdapat pada kawasan terbuka dan
lopakan air cetek berbanding dengan kawasan tertutup, contohnya di Pulau
Unggas, Batang Tomak Barat, Batang Tomak Timur. Di Pulau Taming
Telescopium telescopium tidak dijumpai. Anadara granosa, Gafrarium
pectinatum dan Thalassina anomala di jumpai di semua kawasan kecuali di
Pulau Taming. Keadaan seperti ini berlaku kerana Pulau Taming mempunyai
substrat batu karang dan persekitaran mempunyai saliniti air dan suhu yang
tinggi. Taburan spesies ikan memperlihatkan perbezaan dari jumlah spesies.
Spesies ikan yang direkod di Pulau Taming berbeza daripada Batang Tomak
Barat dan Batang Tomak Timur. Spesies-spesies ikan yang biasa dijumpai
adalah dari Famili Ariidae; Arius caelatus, A. maculates, A. macronotacanthus
dan A. crossocheifus. Spesies burung seperti Egretta alba dijumpai di Pulau
Unggas, Batang Tomak Barat dan Batang Tomak Timur, manakala spesies
mammalia, contoh Macaca fascicularis dan reptilia contoh Varanus sp.
dijumpai di Batang Tomak Barat, Batang Tomak Timur dan Teluk Tapang.
Corak bulanan penghasilan sampah sarap berbeza mengikut kawasan dan
spesies. Penghasilan sampah sarap pada musim hujan adalah tinggi (julat
172.83 - 510.49 g/m2/t), contohnya R. mucronata di Batang Tomak Barat
menghasilkan sampah sarap sebanyak 138.44 + 6.67 g/m2 pada bulan Mei,
131.44 + 6.90 g/m2 pada bulan Jun dan 108.22 + 8.05 g/m2 pada bulan November. Komponen daun merupakan sampah sarap yang tinggi berbanding
dari komponen bunga, buah, rantingldahan dan organ tumbuhan lainnya.
Contohnya di Pulau Unggas, komponen daun R. apiculata menghasil kan
sampah sarap sebanyak 50.1 3% daripada jumlah sampah sarap berbanding
dengan bunga (5.51 %), buah (1 7.38%), dahanlranting (23.24%) dan lain-lain
(3.74%).
Tumbuhan paya bakau di lima kawasan kajian mempamerkan kitar
perkembangan fenologi berterusan atau sepanjang tahun; berbunga, berbuah,
dan menyebarkan propagul. Masa yang diperlukan oleh spesies R. apiculata
mulai dari pembentukan "inflorescence" hingga pembentukan propagul matang
adalah 22.06 + 0.86 bulan hingga 22.52 + 0.42 bulan, R. stylosa 21.71 + 0.91
hingga 21.86 + 0.53 bulan, R. mucronata 18.79 + 0.49 hingga 18.85 + 0.74
bulan, dan Bruguiera gymnorrizha adalah 9.50 + 0.55 bulan. Kitar
perkembangan fenologi didapati berhubungkait dengan faktor-faktor
persekitaran, seperti suhu udara, kelembapan udara, saliniti air, pH dan
substrat
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |