Citation
Law, Huong Ing
(2004)
Tajuk Perbincangan Aljabar China Pada Kurun Ke-13 dan Perbandingannya Dengan Beberapa Tajuk Aljabar Islam Dari Kurun Ke-9 Hingga 13.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini memfokus kepada tajuk-tajuk perbincangan aljabar di China pada kurun ke-
13, yang dipilih kerana merupakan kemuncak kegemilangan aljabar di China
walaupun ketika itu negara China dalam keadaan huru-hara akibat peperangan.
Tajuk-tajuk perbincangan ahli-ahli aljabar China kurun ke-13 seperti Yung Hui, Li Ye,
Qin Jiushao dan Zhu Shijie yang asalnya dijalankan menggunakan rod pembilang
serta diterangkan dalam bentuk perkataan ditafsirkan, dianalisis serta dituliskan
kembali menggunakan simbol-simbol aljabar moden yang difahami pada hari ini.
Tajuk-tajuk perbincangan keempat-empat ahli aljabar China itu dipilih kerana mereka
merupakan ahli aljabar terkenal China yang nama mereka tercatat dalam lipatan
sejarah China.
Kajian mendapati penyelesaian persamaan peringkat tinggi secara berlelaran
serta penyelesaian teorem baki China yang melibatkan pasangan moduli-moduli
yang tidak sating perdana oleh Qin Jiushao dan penyelesaian persamaan peringkat tinggi dengan empat pembolehubah oleh Zhu Shijie dengan kaedah
penghapusan
Merupakan tajuk-tajuk perbincangan penting aljabar China pada kurun ke-13 kerana
belum pernah lagi dibincangkan oleh mana-mana teks aljabar China serta teks aljabar
tamadun lain yang sezaman dengannya. Selain itu, tajuk-tajuk segiempat dan bulatan
ajaib yang berasal dari China juga dijelaskan dengan terperinci kerana merupakan
tajuk-tajuk perbincangan penting di China pada kurun ke-13.
Kajian mengenai perbandingan di antara beberapa tajuk perbincangan aljabar China
dengan lslam dari kurunke-9 hingga 13 dijalankan memandangkan terdapat
hubungan erat di antara tamadun China dengan lslam khususnya dari segi
perdagangan yang bermula sejak zaman Dinasti Tang pada kurun ke-7. kajian dibuat
dengan membandingkan langkah-langkah penyelesaian secara terperinci dalam
beberapa tajuk aljabar yang dibincangkan dalam kedua-dua aljabar China dan Islam.
Kajian perbandingan mendapati tidak terdapat hubungan secara langsung di
antara tajuk-tajuk perbincangan aljabar China dan Islam. Ini kerana bagi tajlrktajuk
p erbincangan aljabar China d an lslam d alam teks-teks aljabar yang
dikaji, ahli-ahli matematik lslam atau China tidak pernah menyatakan bahawa
mereka pernah merujuk antara satu sama lain. Sebaliknya, dalam kebanyakan
teks aljabar China, ahli-ahli aljabar China menyebut bahawa mereka
merujuk kepada teks-teks aljabar klasik China yang terdahulu seperti Jiuzhang Suanshu, Zhoubi Suanjing, Sunzi Suanjing, Haidao Suanjing, Zhang
Qiujian Suanjing, Wucao Suanjing, Wujing Suanshu dan Yigu Genyuan.
Manakala, dalam kebanyakan teks aljabar Islam, ahli-ahli aljabar lslam
menyatakan bahawa mereka merujuk kepada-teks4eks aljabar Yunani seperti
The Elements (Euklid), Arithmetica (Diofantus) dan lntroductio AZithrnetica
(Nikomakhus) atau teks aritmetik lndia tentang nombor-nombor Hindu-Arab.
Tambahan pula, teks-teks aljabar China sendiri tidak pernah terdedah kepada
pengaruh aljabar Yunani langsung. Ahli-ahli aljabar China tidak pernah
menyebut nama mana-mana teks Yunani atau lndia yang dirujuk oleh mereka
dalam prakata atau bahagian-bahagian lain teks aljabar mereka. Karya-karya
aljabar China juga tidak mengandungi sebarang teori dan bukti sebagaimana
karya-karya lslam atau Yunani.
Tambahan pula, terdapat setengah-setengah tajuk yang hanya dibincangkan
dalam teks aljabar lslam tetapi tidak terdapat dalam teks aljabar China, begitu
juga sebaliknya. Antara tajuk-tajuk menarik yang hanya dibincangkan dalam
aljabar lslam ialah kaedah persilangan kon, teori nombor karib dan nombor
sempurna manakala dalam aljabar China ialah penyelesaian persamaan
peringkat tinggi secara berlelaran, penyelesaian teorem baki China yang
melibatkan pasangan moduli-moduli yang tidak sating perdana dan
penyelesaian persamaan peringkat tinggi dengan empat pembolehubah. Alat
pengiraan yang sangat berbeza juga digunakan dalam aljabar China dan Islam,
iaitu rod pembilang dan takht (abakus debu) masing-masing.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Algebra - China - 13th century - Case studies |
Subject: |
Algebra - Islam - 900-1300 - Case studies |
Call Number: |
FS 2005 27 |
Chairman Supervisor: |
Professor Kamel Ariffin Mohd Atan, PhD |
Divisions: |
Faculty of Science |
Depositing User: |
Nur Izyan Mohd Zaki
|
Date Deposited: |
12 May 2010 06:09 |
Last Modified: |
18 Oct 2023 07:54 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6240 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |