Citation
Ahmad, Azhar and Jawan, Jayum
(2017)
Krisis kewangan dan tindakan balas pelajar: berakhirnya pemerintahan orde baru.
Journal of Sciences and Humanities, 12 (2).
318 - 333.
ISSN 1823-884X
Abstract
Pada tahun 1997, Indonesia dan negara lain di rantau Asia Tenggara diserang oleh krisis kewangan yang menyebabkan kesusahan rakyat. Akibatnya, pelajar bangkit mengadakan demonstrasi di merata-rata tempat membantah penyelewengan pemerintahan Suharto dan regimnya. Mereka mendesak Suharto meletakkan jawatan bagi memulihkan kembali kegawatan ekonomi Indonesia. Tekanan pelajar bersama dengan kebangkitan rakyat berakhir apabila Suharto meletakkan jawatannya pada 21 Mei 1998. Jatuhnya Suharto menandakan tamatnya kekuasaan Orde Baru yang autoritarian dan sentralistik digantikan dengan kemunculan Orde Reformasi yang demokratik. Artikel ini menilai tindakan regim untuk mengatasi kegawatan ekonomi yang berlaku dan maklum balas pelajar dalam menghadapi hegemoni Suharto sehingga jatuhnya regim Order Baru pada tahun 1998. Selain itu, artikel ini juga menilai impak krisis kewangan terhadap politik Indonesia.
Download File
|
Text
Krisis kewangan dan tindakan balas pelajar, berakhirnya pemerintahan orde baru.pdf
Download (80kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |