Citation
Abdullah, Amini Amir and Omar, Siti Zobidah
(2017)
Komunikasi dan kekeluargaan: satu perspektif Islam.
Journal of Muslim Affairs, 3 (2).
107 - 122.
ISSN 2289-8654
Abstract
Artikel ini adalah satu kertas konsep mengenai kekeluargaan dan komunikasi dari perspektif Islam. Jack G. McAuley (1979) dalam bukunya, People to People: Essentials of Personal and Public Communication telah melahirkan kebimbangan terhadap suatu fenomena dalam aspek komunikasi. Menurutnya, kemajuan komunikasi tidak banyak membantu dalam menyelesaikan masalah komunikasi yang paling asas. Alat-alat canggih komunikasi membantu menghantar dan menerima mesej; ia tidak membantu memahami mesej itu. Beliau kemudiannya menyimpulkan bahawa masalah komunikasi yang paling genting bukanlah masalah mekanikal, ia adalah manusia sendiri. Kepincangan komunikasi dan kurangnya keberkesanan di dalam berkomunikasi antara ahli-ahli dalam sesebuah keluarga adalah antara faktor berlakunya krisis dalam sesebuah rumahtangga. Makalah ini bertujuan mengutarakan suatu perspektif Islam tentang komunikasi dan kekeluargaan. Islam amat menitikberatkan komunikasi di dalam sistem kekeluargaannya. Komunikasi haruslah secara hikmah (kebijaksanaan) yang merangkumi tatacara dan ketentuan syarak, keikhlasan, diplomasi, pendekatan psikologi dan adil. Perbincangan juga berkisar soal bagaimana mewujudkan komunikasi keluarga seterusnya meningkatkan interaksi, persefahaman dan jalinan kasih sayang antara komponen kekeluargaan. Dalam konteks Dasar Keluarga Negara, makalah ini menyumbang kepada pengisian dasar tersebut dalam mewujudkan keluarga yang bahagia dan sejahtera.
Download File
|
Text
Komunikasi dan kekeluargaan; satu perspektif Islam.pdf
Download (81kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |