Citation
Noor Muhammad, Salmah Jan
(2017)
Kerencatan hubungan diplomatik Kesultanan Melayu Melaka, Johor dan Aceh.
Manu: Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, 25 (1).
pp. 107-136.
ISSN 1511-1989
Abstract
Hubungan diplomatik merupakan hubungan yang terjalin di antara dua atau lebih kerajaan. Pada dasarnya, hubungan ini terbina atas dasar kepercayaan, keserasian dan keinginan untuk menjayakan matlamat yang sama demi kepentingan kerajaan masing-masing. Namun, hubungan diplomatik ini akan mengalami kerencatan apabila segelintir pemerintah kerajaan tidak lagi terikat dengan nilai integriti dan melihat ‘kuasa’ sebagai agenda utama dalam hubungan tersebut. Makalah ini bertujuan mengkaji faktor penyebab berlakunya permasalahan ini. Bagi memperoleh data, penulis melakukan kajian kepustakaan. Hasil dapatan menemui bahawa faktor kerencatan ini berlaku disebabkan oleh interaksi sosial yang berbeza antara kerajaan, matlamat untuk menjadi ‘kerajaan autokratik’ dan akibat perlanggaran prinsip etika dan moral hidup. Naskhah Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis dan Hikayat Aceh akan dijadikan sebagai bahan perbincangan utama.
Download File
Preview |
|
Text
Kerencatan hubungan diplomatik Kesultanan Melayu Melaka, Johor dan Aceh .pdf
Download (145kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |