UPM Institutional Repository

Kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi kursus pengurusan perniagaan di Kolej Vokasional


Citation

Jusoh, Rosnani and Idris, Nor Mashila (2017) Kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi kursus pengurusan perniagaan di Kolej Vokasional. International Journal of Research in Education and Science (IJRES), 1 (spec.). 71 - 82. ISSN ESSN: 2550-2158

Abstract

Rangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), menekankan kepada pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif agar menjadi pemangkin kepada transformasi negara. Sehubungan itu inovasi dalam bidang pengurusan perniagaan perlu diperbaharui dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan pembangunan negara abad ke-21. Perubahan yang berlaku menyebabkan proses mendidik menjadi lebih kompleks. Pensyarah di pusat pengajian tinggi merupakan ejen utama dalam pendidikan perlu lebih berinovasi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan berinovatif bagi mencapai hasrat negara. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara tahap inovasi dengan amalan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi dalam kalangan pensyarah Pengurusan Perniagaan di Kolej Vokasional di Malaysia. Pengumpulan data secara soal selidik melibatkan 198 pelajar yang memberi kenyataan terhadap penyarah mereka yang mengajar kursus Pengurusan Perniagaan. Perisian Statistical Package for Sosial Science Version 24.0 for Windows (SPSS) digunakan untuk menganalisis data dan Analisis Korelasi Persorn-Product Moment digunakan untuk mengukur hubungan antara pembolehubah yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan tahap inovasi pensyarah Kolej Vokasional dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap tinggi (min= 3.88, sisihan piawai= .48) dan amalan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi pensyarah Kolej Vokasional juga berada pada tahap tinggi (min = 4.00, sisihan piawai = .33). Manakala hubungan positif yang rendah antara amalan pembelajaran berasaskan teknologi dengan tahap inovasi pensyarah Pengurusan Perniagaan Kolej Vokasional di Malaysia.


Download File

[img]
Preview
Text
Kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi kursus pengurusan perniagaan di Kolej Vokasional.pdf

Download (84kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Malaysia Association of Research and Education for Educators
Keywords: Technology-based teaching and learning practices; Innovation of teaching and learning
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 23 May 2019 02:28
Last Modified: 23 May 2019 02:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/62250
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item