UPM Institutional Repository

Jurang leksikal dalam penterjemahan kata kerja pola af`ala dan fa`ala al-Quran ke Bahasa Melayu


Citation

Mohd Yasin, Badrul Hisyam and Syed Abdullah, Syed Nurulakla and Mustapha, Nik Farhan (2017) Jurang leksikal dalam penterjemahan kata kerja pola af`ala dan fa`ala al-Quran ke Bahasa Melayu. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4 (1). pp. 242-252. ISSN 2462-1692; ESSN: 2289-8042

Abstract

Jurang leksikal merupakan fenomena yang sering merisaukan penterjemah disebabkan penterjemah perlu mencari padanan terbaik untuk merapatkan jurang leksikal agar terjemahan yang dihasilkan menepati mesej teks asal. Kajian ini dijalankan untuk membincangkan jurang leksikal dalam penterjemahan kata kerja al-Quran pola afᶜala dan faᶜᶜala ke bahasa Melayu dalam ‘al-Quran Mashaf Malaysia dan Terjemahan’ dan ‘Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran’. Berlandaskan model jurang leksikal dalam terjemahan dan teknik terjemahan intervensi untuk menangani jurang leksikal dalam terjemahan oleh Darwish (2010) yang digunakan sebagai rangka kerja teori, kajian ini mengaplikasikan pendekatan kajian kualitatif melalui penerapan reka bentuk kajian kes dan analisis tekstual. Sebanyak 6 sampel telah dipilih dan dianalisis untuk merealisasikan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ‘al-Quran Mashaf Malaysia dan Terjemahan’ dan ‘Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran’ telah menggunakan pelbagai teknik penterjemahan dalam menangani jurang leksikal dalam penterjemahan al-Quran dan kepelbagaian teknik ini telah memberi implikasi kepada makna kata kerja tersebut. Antara implikasi tersebut termasuklah terjemahan yang menepati mesej asal al-Quran, terjemahan yang menyebabkan kehilangan makna, terjemahan yang menyebabkan perbezaan makna dan terjemahan yang mengimplisitkan mukjizat pemilihan kata dalam al-Quran. Kajian ini juga mendapati bahawa variasi padanan makna dalam terjemahan kata kerja terpilih yang dikemukakan oleh kedua-dua terjemahan ini tidak menunjukkan bahawa sesuatu terjemahan itu adalah salah atau betul. Bahkan padanan dibuat berlandaskan perbezaan pandangan sarjana bahasa dan para pentafsir al-Quran yang muktabar.


Download File

[img]
Preview
Text
Jurang leksikal dalam penterjemahan kata kerja pola af`ala dan fa`ala al-Quran ke Bahasa Melayu.pdf

Download (149kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Keywords: Lexical gap; Translatability of Quranic verbs; Equivalence in translation of the al-Quran; Quran translation; Translation of verbs of the Quran
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 23 May 2019 01:57
Last Modified: 23 May 2019 01:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/62246
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item