UPM Institutional Repository

Hubungan kepimpinan pengajaran pengetua dengan pencapaian akademik pelajar


Citation

Basri, Ramli and Abu Bakar, Norashikin and Foo, Say Fooi (2017) Hubungan kepimpinan pengajaran pengetua dengan pencapaian akademik pelajar. International Research Journal of Education and Sciences, 1 (spec. 1). 60 - 70. ISSN 2550-2158

Abstract

Pencapaian akademik pelajar merupakan sumber utama dalam mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan sekolah, pentadbir dan guru (Stronge et al., 2008). Tambahan pula dalam menuju Wawasan 2020, kecemerlangan pencapaian pelajar adalah sangat penting dalam menyediakan lebih ramai tenaga kerja yang kompetitif (Jabatan Perdana Menteri, 2010). Justeru, matlamat meningkatkan pencapaian akademik pelajar harus menjadi objektif utama bagi pemimpin pengajaran di sekolah (Silva, White &. Yoshida, 2011). Memandangkan pencapaian akademik pelajar adalah ukuran hasil pendidikan (Stronge et al., 2011). Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat amalan kepimpinan pengajaran pengetua dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, kajian ini turut mengkaji tahap amalan kepimpinan pengajaran pengetua berdasarkan kepada tiga dimensi seperti yang dicadangkan dalam Model Kepimpinan Pengajaran Hallinger dan Murphy (1985) iaitu mendefinisikan misi sekolah, mengurus program pengajaran dan mewujudkan iklim sekolah yang positif. Data diperolehi melalui soal selidik Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) Teacher Short Form (2013) yang melibatkan seramai 387 orang guru di sekolah menengah harian di negeri Johor. Data soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi menerusi perisian SPSS IBM Version 20.0. Secara keseluruhannya dapatan kajian mendedahkan bahawa pengetua telah melaksanakan semua amalan kepimpinan pengajaran pengetua pada tahap yang tinggi (min = 4.21 dan sp = 0.58). Selain itu, dalam mengkaji hubungan kepimpinan pengajaran pengetua dengan pencapaian akademik pelajar menunjukkan hubungan positif signifikan pada tahap lemah dengan nilai r = 0.245 dan sig = 0.000 (p>0.5). Walaupun hasil dapatan tidak menunjukkan hubungan yang kuat antara amalan kepimpinan pengajaran pengetua dengan pencapaian akademik pelajar, namun amalan kepimpinan pengajaran harus diberi perhatian serius kerana para sarjana telah mengesahkan kepentingan kepimpinan pengajaran dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar di sekolah (Hallinger, 2005 & 2011; Robinson et al., 2008).


Download File

[img] Text
Hubungan kepimpinan pengajaran pengetua dengan pencapaian akademik pelajar.pdf

Download (86kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Malaysia Association of Research and Education for Educators
Keywords: Teaching leadership; Student academic achievement; Quality of education
Depositing User: Ms. Ainur Aqidah Hamzah
Date Deposited: 20 May 2022 08:04
Last Modified: 20 May 2022 08:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/62050
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item