Citation
Shahruddin, Nor Jumawaton and Mansor, Mariani and Madon, Zainal and Hamsan, Hanina Halimatusaadiah
(2017)
Hubungan antara populariti rakan sebaya dan estim diri dengan sikap tingkah laku seksual dalam kalangan remaja hamil luar nikah.
Asian Social Work Journal, 2 (1).
15 - 27.
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menentukan hubungan di antara populariti rakan sebaya dan estim diri dengan sikap tingkah laku seksual dalam kalangan remaja hamil luar nikah. Seramai 130 remaja perempuan yang hamil luar nikah berumur 14 hingga 19 tahun dari empat buah Institusi Perlindungan dan Pemulihan di negeri Selangor, Perak, Johor dan Kelantan terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis. Kajian ini menggunakan tiga soal selidik iaitu Inventori Tekanan Rakan Sebaya, Populariti dan Pematuhan (Santor, Messervey dan Kusumakar, 2000), Skala Estim Diri Rosenberg (Rosenberg, 1965) dan Skala Ringkas Sikap Terhadap Tingkah Laku Seksual (Hendrick & Reich, 2006). Kesemua alat ukuran yang digunakan dalam kajian ini menghasilkan nilai Pekali Alpha Cronbach antara 0.82 hingga 0.90. Dapatan kajian menunjukkan tahap populariti rakan sebaya di tahap tinggi, tahap estim diri yang tinggi dan sikap tingkah laku seksual berada di tahap yang tinggi. Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan perkaitan signifikan antara populariti rakan sebaya (r= .801, p<.05) dan estim diri (r= .708, p<.05) dengan sikap tingkah laku seksual. Analisis bootstrapping dijalankan mengesahkan peranan estim diri sebagai pengantara dalam hubungan antara populariti rakan sebaya dengan sikap tingkah laku seksual. Kesimpulannya, populariti rakan sebaya dan estim diri mempunyai hubungan dengan sikap tingkah laku seksual. Kajian menunjukkan bahawa faktor risiko seperti penerimaan oleh kelompok rakan sebaya mempunyai kesan langsung yang signifikan terhadap tingkah laku seksual. Dalam masa yang sama, kajian ini turut mencadangkan beberapa alternatif dalam usaha membendung salah laku seksual di kalangan remaja masa kini.
Download File
Preview |
|
Text
Hubungan antara populariti rakan sebaya dan estim diri dengan sikap tingkah laku seksual dalam kalangan remaja hamil luar nikah.pdf
Download (6kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |