UPM Institutional Repository

Fenomena sosial dalam novel Nenek karya Razali Endun


Citation

Md Zain, Rosnani and Nik Muhamad Affendi, Nik Rafidah (2017) Fenomena sosial dalam novel Nenek karya Razali Endun. Pendeta: Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu, 8. 82 - 95. ISSN 1823-6812; ESSN: 2600-8696

Abstract

Kertas kerja ini membicarakan fenomena sosial yang terdapat dalam novel Nenek karya Razali Endun. Novel Nenek merupakan pemenang Hadiah Sastera Perdana 2014. Fenomena sosial merupakan kenyataan mengenai masyarakat dan manusia tidak boleh lari daripada membicarakannya. Hal ini kerana, sastera dan masyarakat mempunyai hubungan yang erat. Novel Nenek dikatakan sebuah naskhah yang memaparkan fenomena politik sahaja. Adakah benar dakwaan tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk mengklasifikasi dan menganalisis fenomena sosial yang terdapat dalam novel ini. Objektif kajian ini juga adalah untuk menjawab dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa novel Nenek hanya memaparkan fenomena politik sahaja. Hasil kajian mendapati teks ini menyentuh mengenai tatacara perhubungan dalam masyarakat, kekeluargaan, kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi masyarakat. Setelah diteliti, fenomena sosial yang terdapat dalam novel Nenek merupakan fenomena semasa. Sehubungan dengan itu, kajian ini melihat fenomena sosial daripada perspektif teori fakta sosial Emile Durkhiem.


Download File

[img]
Preview
Text
Fenomena sosial dalam novel Nenek karya Razali Endun.pdf

Download (5kB) | Preview
Official URL or Download Paper: https://ejournal.upsi.edu.my/article/2017AR001624

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Sosiologi; Novel; Nenek; Fenomena sosial; Fakta sosial
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 26 Feb 2019 01:27
Last Modified: 26 Feb 2019 01:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/61880
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item