UPM Institutional Repository

Faktor timbulnya pengaruh bahasa pertama dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua


Citation

Ooi, Chwee Hwa and Subramaniam, Vijayaletchumy (2017) Faktor timbulnya pengaruh bahasa pertama dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. 'Ulum Islamiyyah, 20. 35 - 45. ISSN 1675-5936; ESSN: 2289-4799

Abstract

Pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua amat penting dalam kalangan murid Cina. Daripada tinjauan awal yang dibuat di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Batu 14 Hulu Langat, Selangor, peratus kelulusan kertas pemahaman bahasa Melayu mencatatkan penurunan dalam Ujian Penilaian Sekolah endah (UPSR). Keputusan menunjukkan bahawa murid Cina menghadapi masalah dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Maka, kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya pengaruh bahasa pertama dalam mempelajari bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina. Sampel kajian terdiri daripada 77 orang murid Cina Tahun 4, 5 dan 6 yang gagal dalam ujian kertas bahasa Melayu. Teori yang digunakan oleh pengkaji ialah teori Interaksi oleh Halliday. Menurut Halliday, kanak-kanak menguasai bahasa kerana mereka mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat dalam persekitaran mereka. Ini bermakna, kanak-kanak akan berinteraksi dengan masyarakat pada peringkat awal untuk memenuhi keperluan asasi mereka. Fenomena ini tidak terjadi pada sampel kajian. Oleh itu, murid Cina yang hanya bertutur dalam bahasa Cina tidak akan mempelajari bahasa Melayu dengan baik, malah pengaruh bahasa Cina dalam mempelajari bahasa Melayu akan lebih ketara. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Data-data yang dikumpul dikira dalam bentuk peratusan. Dapatan kajian dipaparkan melalui jadual dan graf berserta huraian deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat faktor yang menyebabkan timbulnya pengaruh bahasa Cina dalam pembelajaran bahasa Melayu, iaitu latihan, persekitaran, minat dan sikap. Kajian ini penting kepada sistem pendidikan dalam usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Setiap lapisan masyarakat di Malaysia harus bergerak seiring ke arah meningkatkan taraf bahasa Melayu di Malaysia. Justeru, bahasa Melayu harus dikuasai oleh semua individu, termasuk murid Cina di SJKC.


Download File

[img]
Preview
Text
Faktor timbulnya pengaruh bahasa pertama dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua .pdf

Download (6kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia
Keywords: Bahasa Melayu; Pengaruh bahasa pertama; Bahasa kedua; Murid Cina
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 22 Feb 2019 07:46
Last Modified: 26 Feb 2019 02:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/61868
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item