Citation
H. Syahrum, Dahlia
(2005)
Ciri dan Identiti Pusat Dagangan Pekan Baru, Riau, Indonesia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Proses pembangunan bandar yang berterusan akan merubah ciri dan identiti
kawasan bandar tersebut. Keadaan fizikal, politik, sosio ekonomi dan budaya
adalah faktor-faktor yang sangat mempengaruhi pengembangan bandar. Kajian
ini adalah menilai unsur ciri dan identiti pada kawasan pusat perniagaan
(Central Business District) di Jalan Sudirman Pekanbaru, Indonesia.
Kajian ini meliputi kawasan pentadbiran, perniagaan, perbankan, kawasan
pedagang kaki lima, laluan siarkaki, tempat rnembeli belah serta mercu tanda.
Ciri senibina lnerupakan ciri utama di dalam pembentukan identiti sesuatu
bandar dan amat sensitif kepada perubahan dan pengembangan pembangunan
terutama di era globalisasi ini. Identiti ini haruslah dipelihara supaya kita
dapat memupuk semangat sosial dan kebanggaan nasional terhadap harta dan
warisan bangsa.
Penyelidikan ini lebih banyak menggunakan kaedah kualitatif dengan
menggunakan kaedah ZOPP. Ini kerana kajian lebih memfokuskan manusia dimana pemerhatian kawasan kajian dianalisis mengikut teori Kevin Lynch
(1960). Lima elemen yang memberi kejelasan terhadap bandar iaitu laluan,
persempadanan, mercu tanda, titik tumpuan, dan daerah dan persekitaran yang
responsif digunakan untuk mengenal pasti ciri dan identiti Bandar Pekanbaru.
Hasil kajian menunjukan bahawa kesedaran dan sikap prihatin masyarakat,
profesional dan pemerintah tentang bandar adalah tinggi. Mereka
mengharapkan kehidupan tradisi serta identiti setempat tidak dihakis oleh
perubahan pembangunan, dan masih mengekalkan ciri dan identiti bandar.
Kajian ini juga mendapati bahawa bandar Pekanbaru masih kaya dengan budaya
Melayu dan seni bina Melayu yang mencerminkan ciri dan identiti yang unik
bagi bandar Pekanbaru. Sumbangan daripada kajian yang dijalankan ialah
cadangan strategi dalam bentuk garispanduan kriteria rekabentuk dan
perancangan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |