Citation
Kasran, Husaini and Mezah, Che Radiah and Mustapha, Nik Farhan
(2017)
Pembelajaran Bahasa Arab warga emas: konsep, prinsip & keperluan.
Universiti Putra Malaysia Press, Serdang, Selangor.
ISBN 9789673446575
Abstract
Pembelajaran bahasa Arab untuk tujuan agama merupakan faktor pendorong utama masyarakat Islam mempelajari bahasa Arab. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti warga emas menyukai topik dan bahan pembelajaran yang lebih memfokuskan aspek asas bahasa Arab seperti unsur fonetik Arab, petikan berkaitan dengan kelebihan bahasa Arab, bahasa Arab untuk ibadah seperti bacaan solat, ayat al-Quran, Hadis, doa harian, zikir dan bahan pembelajaran yang berkait rapat dengan kehendak realiti kehidupan mereka pada hujung usia. Fenomena dewasa ini memperlihatkan meningkatnya kecenderungan warga emas untuk belajar pada usia tua. Buah fikiran yang disajikan buku ini berkaitan dengan keperluan warga emas diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada guru yang mengajar golongan ini supaya menggunakan kaedah atau metode yang terbaik untuk melaksanakan proses pembelajaran. Beberapa masalah berkaitan dengan pembelajaran bahasa Arab telah dikenal pasti termasuklah berlakunya pengabaian pelaksanaan proses analisis keperluan dan ketiadaan modul bahasa Arab untuk warga emas yang khusus.
Download File
|
Text
Pembelajaran Bahasa Arab warga emas; konsep, prinsip & keperluan.pdf
Download (79kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |