UPM Institutional Repository

Demokrasi dan kelangsungan Politik Muslim


Citation

Mohd Zain, Mohd Izani (2017) Demokrasi dan kelangsungan Politik Muslim. Universiti Malaysia Press, Kuala Lumpur. ISBN 9789831008768

Abstract

Kelangsungan Politik Muslim dalam demokrasi mutakhir ini memaparkan banyak perkembangan menarik. Lebih-lebih lagi, demokrasi tidak hanya memberi fokus kepada pilihan raya, tetapi memperaku budaya politik yang berpegang kepada nilai universal, pluralisme dan toleransi. Pelaksanaan demokrasi dalam Dunia Islam termasuk di Malaysia tidak terlepas daripada disorot dan dibandingkan dengan bentuk demokrasi yang diamalkan oleh Barat. Tidak dinafikan, tuntutan hak asasi yang melampaui batas dan kebebasan individu secara mutlak antara cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia. Walhal, demokrasi perlu menjadi alat untuk mempersembahkan Islam dengan sebaik-baiknya dan bukan menjadi proksi serta talian hayat kepada hegemoni Barat. Selain itu, persaingan politik yang tinggi dalam proses demokrasi melalui pilihan raya telah mewujudkan dikotomi dalam Politik Muslim yang ketara. Perpecahan suara umat Islam yang ditandai melalui parti-parti politik menjadi cabaran kepada keutuhan Politik Muslim di negara. Keperluan untuk bermuafakat dan menjalinkan kerjasama politik juga semakin mendesak, lebih-lebih lagi ia bertujuan melonjakkan kekuatan Politik Muslim dalam mendaulatkan agama Islam dan memperjuang kepentingan ummah dengan lebih berkesan. Polemik di atas terangkum dalam buku ini yang mengupas tentang wacana demokrasi dan kelangsungan Politik Muslim meliputi isu nasional dan antarabangsa kontemporari.


Download File

[img] Text
9789831008768.pdf

Download (135kB)

Additional Metadata

Item Type: Book
Publisher: Universiti Malaysia Press
Keywords: Democracy; Politics; Muslim Politics; Islam
Depositing User: Ms. Ainur Aqidah Hamzah
Date Deposited: 08 Jul 2022 23:56
Last Modified: 08 Jul 2022 23:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/61330
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item