Citation
Md Noor, Sabariah
(2017)
Anemia: 1001 persoalan.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
ISBN 9789834617912
Abstract
Anemia merupakan satu masalah kesihatan yang lazim bagi semua peringkat umur di seluruh dunia. Anemia terjadi apabila seseorang individu itu tidak mempunyai sel darah merah yang sihat dan mencukupi untuk membekalkan oksigen ke tisu-tisu di seluruh badan. Sekiranya tidak dirawat, anemia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain termasuklah terbantutnya tumbesaran dan perkembangan kognitif dalam kalangan kanak-kanak, kegagalan jantung dan juga strok. Buku ini memaparkan konsep asas penyakit yang berkait dengan darah yang lazim dialami masyarakat. Maklumat tentang komposisi darah, penyakit anemia, symptom dan punca penyakit ini turut dijelaskan. Selain itu, tanda klinikal, ujian penentu, pilihan rawatan dan mitos kepercayaan masyarakat yang berkait dengan penyakit anemia turut dihuraikan. Selain itu, buku ini turut dilengkapi dengan ilustrasi bagi memudahkan pemahaman pembaca.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |