UPM Institutional Repository

Analisis pendekatan semiotik terhadap karya “pembukaan”


Citation

Mohd Salehuddin, Adam and Baharuddin, Nasir (2017) Analisis pendekatan semiotik terhadap karya “pembukaan”. KUPAS SENI: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 5. 38 - 46. ISSN 2289-4640; ESSN: 0127-9688

Abstract

Pendekatan semiotik telah menjadi asas penting dalam membina pengolahan pengkaryaan seni. Ia menjadi teras dalam membina dan membentuk sesebuah karya terutama dalam melahirkan sesuatu yang lebih konstruktif dan menyediakansuatu lapangan kaedah persembahan dengan cara baru. Kaedah semiotik dilakukan dalam menilai karya seni yang merepresentasikan makna-makna melalui tanda yang divisualisasikan. Dalam kajian ini, pengkaji memilih sebuah karya seni yang dihasilkan oleh Mohd Fuad Arif iaitu ‘Pembukaan’ (2013) sebagai objek kajian. Konsep Triadik Peirce’s telah digunakan oleh pengkaji dalam membaca makna terhadap sesebuah karya seni. Konsep asas tersebut adalah Representasi, Objek dan Interpretasi. Perlaksanaan kaedah semiotik ini dipetik melalui konsep Charles Sanders Peirce – Semiotic the Basic (Daniel Chandler 2002) bagi menjelaskan perhubungan Representasi/Tanda, Objek, dan Interpretasi. Teks yang dihasilkan adalah sebuah produk penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan yang secara khususnya adalah sebuah himpunan tanda dalam membentuk makna. Penggunaan konsep semiotik ini mampu untuk menjelaskan makna dalam sesebuah karya seni dengan lebih jelas dan sistematis. Ia boleh diterajui oleh tanda-tanda melalui persekitaran dan ruang lingkup sebuah masyarakat melalui corak kehidupan serta rentak pergerakan yang menelusuri alam serta budaya masyarakatnya secara lebih saintifik.


Download File

[img] Text
Analisis pendekatan semiotik terhadap karya “pembukaan”.pdf

Download (81kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Design and Architecture
Publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Semiotic, Signs, Object; Interpretations
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 19 May 2022 06:40
Last Modified: 19 May 2022 06:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60846
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item