UPM Institutional Repository

Penguasaan mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab dalam kalangan pelajar Melayu


Citation

Ramli, Nazratul Aini and Mezah, Che Radiah and Hassan, Abd Rauf and Yap, Ngee Thai (2017) Penguasaan mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab dalam kalangan pelajar Melayu. Jurnal Kemanusiaan, 15 (1-S). pp. 61-68. ISSN 2600-755X

Abstract

Kegagalan dalam menguasai kemahiran mendengar telah memberi kesan kepada pelajar untuk membezakan bunyi huruf yang hampir sama dengan bunyi bahasa ibunda pelajar atau disebut sebagai pasangan minimal. Keadaan ini turut mempengaruhi pelajar dalam mendiskriminasikan bunyi huruf bagi pasangan minimal tersebut semasa berada di awal kata dan akhir kata dengan baik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan pelajar Melayu dalam mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab di awal dan akhir kata. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif yang melibatkan 33 orang pelajar Melayu di Universiti Putra Malaysia yang tidak mempunyai asas bahasa Arab. Instrumen yang digunakan ialah ujian diskriminasi yang dibina melalui perisian PRAAT. Data ujian dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Packages For The Social Sciences (SPSS) berpandukan Perceptual Assimilation Model (PAM). Hasil analisis menunjukkan pasangan bunyi huruf Thā’-Sīn, Ṣād-Sīn dan Dhāl-Zāy adalah pasangan bunyi yang paling sukar didiskriminasikan apabila berada di awal kata. Manakala, pasangan bunyi huruf Ḥā’-Hā’, ʿAyn-Hamzah dan Ṣād-Sīn pula didapati paling sukar untuk didiskriminasikan sekiranya berada di akhir kata.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Penguasaan mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab dalam kalangan pelajar Melayu.pdf

Download (49kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit UTM Press
Notes: Special issue on foreign language studies
Keywords: Listening skills; Minimal pairing; Perceptual assimilation model; Discrimination; PRAAT software
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Jun 2018 08:38
Last Modified: 07 Jun 2018 08:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60566
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item