Citation
Wan Sulong, Wan Muhammad and Yeob, Shamsul Jamili and Mohamad, Ab Halim and Abdul Aziz, Adi Yasran
(2017)
Pengaruh gender terhadap gaya kesantunan dalam komunikasi Rasulullah SAW.
Jurnal Kemanusiaan, 15 (1-S).
pp. 44-49.
ISSN 2600-755X
Abstract
Gaya kesantunan ialah strategi berbahasa yang melibatkan aspek kebahasaan supaya ciri-ciri akhlak, adab, kesopanan dan adat yang dijunjung dalam masyarakat dapat dipatuhi bersama oleh setiap anggota masyarakat. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor gender yang mempengaruhi penggunaan unsur kesantunan bahasa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui analisis teks wacana nabawi terpilih. Data kajian ini ialah teks perbualan yang melibatkan baginda SAW dengan anggota masyarakat ketika itu. Analisis teks dilakukan dengan menggunakan pendekatan Model Grid SPEAKING yang diperkenalkan oleh Dell Hymes (1986) yang memberi fokus kepada analisis konteks sosial dan budaya yang luas. Hasil analisis merungkai unsur tabu yang terdapat dalam peristiwa percakapan tersebut dan faktor gender yang mempengaruhi gaya kesantunan berbahasa Rasulullah SAW. Dapatan kajian menjadi panduan yang signifikan kepada masyarakat Islam masa kini dalam membudayakan nilai-nilai kesantunan dan kesopanan dalam berbahasa.
Download File
Preview |
|
Text (Abstrak)
Pengaruh gender terhadap gaya kesantunan dalam komunikasi Rasulullah SAW.pdf
Download (36kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |