UPM Institutional Repository

Strategi komunikasi lisan bahasa Jepun pelajar Melayu di sebuah universiti awam


Citation

Abdullah, Muhammad Alif Redzuan and Hussin, Sanimah (2017) Strategi komunikasi lisan bahasa Jepun pelajar Melayu di sebuah universiti awam. Jurnal Kemanusiaan, 15 (1-S). pp. 24-28. ISSN 2600-755X

Abstract

Kajian ini memberi fokus kepada aktiviti interaksi berpasangan oleh pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun sebagai bahasa asing di Universiti Putra Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan strategi komunikasi dalam membantu pelajar Melayu menyampaikan mesej dalam komunikasi lisan bahasa Jepun dengan lebih baik. Responden kajian terdiri daripada 10 orang pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun tahap asas. Instrumen kajian terdiri daripada dua tugasan lisan yang melibatkan interaksi berpasangan selama 10 minit yang dirakam secara video dan audio. Temu bual dijalankan untuk mendapatkan data sokongan untuk pemerhatian dan transkripsi. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan Taksonomi Strategi Komunikasi yang telah diubahsuai daripada Bialystok (1983), Faerch & Kasper (1983), Tarone (1983) dan Varadi (1983). Pengkaji membuat kesimpulan bahawa responden kajian yang kurang fasih berbahasa Jepun dan memiliki pengetahuan linguistik bahasa Jepun terhad didapati lebih kerap menggunakan strategi-strategi komunikasi berbanding dengan responden kajian yang fasih berbahasa Jepun. Pemilihan strategi komunikasi yang tepat akan memberi keyakinan dan meningkatkan penguasaan pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam bahasa Jepun.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Strategi komunikasi lisan bahasa Jepun pelajar Melayu di sebuah universiti awam.pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit UTM Press
Notes: Special issue on foreign language studies
Keywords: Communication strategies; Malay students; Verbal interaction; Oral communication; Japanese language
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Jun 2018 08:38
Last Modified: 07 Jun 2018 08:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60561
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item