UPM Institutional Repository

Mengapa guru pelatih bimbang untuk bertutur dalam kelas bahasa Arab?


Citation

Hamzah, Abdullah and Mustapha, Nik Farhan and Mezah, Che Radiah and Wan Sulong, Wan Muhammad (2017) Mengapa guru pelatih bimbang untuk bertutur dalam kelas bahasa Arab? Jurnal Kemanusiaan, 15 (1-S). pp. 1-6. ISSN 2600-755X

Abstract

Kebimbangan merupakan salah satu faktor yang amat mempengaruhi kemampuan pelajar semasa mempelajari bahasa asing, malah kemahiran bertutur dibuktikan oleh kajian lepas sebagai kemahiran yang paling banyak dipengaruhi oleh faktor ini. Dalam konteks kajian bahasa Arab, banyak dapatan yang menunjukkan kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca kebimbangan dalam bertutur yang dialami oleh guru pelatih bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam ketika mempelajari kemahiran bertutur. Seramai 11 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) yang sedang mengikuti kelas (BAMB3013) dipilih sebagai responden kajian. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini memperoleh data melalui 66 buah catatan diari pelajar, yang kemudiannya dianalisis berdasarkan Teori Kebimbangan Kelas Bahasa. Dapatan kajian mendapati kebimbangan untuk bertutur melibatkan keresahan komunikasi, takut penilaian negatif, serta kebimbangan ujian. Kebimbangan ini berlaku berpunca dari dalam diri guru pelatih, bentuk aktiviti bertutur yang dijalankan serta tingkah laku yang ditunjukkan oleh rakan-rakan dan juga pensyarah.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Mengapa guru pelatih bimbang untuk bertutur dalam kelas bahasa Arab.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit UTM Press
Notes: Special issue on foreign language studies
Keywords: Language anxiety; Speaking skills; Arabic language; Diary entries; Trainee teachers
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Jun 2018 08:38
Last Modified: 07 Jun 2018 08:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60557
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item