UPM Institutional Repository

Penggunaan kata pinjaman Arab dalam puisi Melayu


Citation

Zakaria, Mohd Hazri and Mezah, Che Radiah and Ismail, Muhd Zulkifli (2017) Penggunaan kata pinjaman Arab dalam puisi Melayu. Jurnal Kemanusiaan, 15 (1-S). pp. 69-74. ISSN 2600-755X

Abstract

Puisi Melayu, sebagaimana bahasa Melayu itu sendiri, kaya dengan perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Penggunaannya agak meluas antara perkataan yang sering digunakan dan yang jarang-jarang ditemui. Dalam puisi Melayu, penggunaan kata pinjaman Arab dalam sesetengah keadaan dilihat boleh menimbulkan kekeliruan sekiranya tidak menepati maksud asal penggunaannya dalam bahasa asal. Kajian ini merupakan suatu usaha untuk mengenal pasti dan menganalisis aspek penggunaan kata pinjaman Arab dalam kumpulan puisi Melayu moden. Kumpulan puisi tersebut adalah antologi puisi Sumur Mahmudah karya Ony Latifah Osman (2006). Data kajian diperoleh berdasarkan pemilihan kata pinjaman Arab yang menyampaikan maksud tertentu dalam sesebuah puisi. Dapatan kajian ini merumuskan terdapat dua kategori penggunaan bahasa pinjaman Arab dalam teks puisi yang dikaji, iaitu; kategori penggunaan yang menepati makna asal dalam bahasa Arab dan ketegori penggunaan yang tersasar dari maksud asalnya.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Penggunaan kata pinjaman Arab dalam puisi Melayu.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit UTM Press
Notes: Special issue on foreign language studies
Keywords: Loan words; Arabic; Malay poetry
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Jun 2018 08:38
Last Modified: 07 Jun 2018 08:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60556
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item