Citation
Jamaluddin, Rahimah and Bakar, Ab. Rahim and Sulaiman, Siti Sa'adah
(2017)
Penerapan nilai kekeluargaan: adakah ianya penting?
Sains Humanika, 9 (1-5).
pp. 87-92.
ISSN 2289-6996
Abstract
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka nilai kekeluargaan yang diterapkan oleh guru dalam pengajaran kekeluargaan dan meneliti kepentingan pengajaran kekeluargaan kepada murid sekolah menengah. Responden kajian terdiri daripada tiga orang guru sekolah menengah yang mengajar tiga mata pelajaran yang mencakup tema kekeluargaan. Kajian kes kualitatif menggunakan teknik temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan rakaman video dijalankan bagi mengumpul data. Transkripsi temubual dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti bagi membina tema dalam kajian ini. Hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa penerapan nilai kekeluargaan dapat meningkatkan kesedaran murid tentang nilai positif yang patut diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penerapan nilai keluarga dengan ketara yang berkaitan dengan aspek alam sekitar yang memberikan implikasi positif kepada pelajar bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan keluarga mereka tetapi boleh meningkatkan personaliti pelajar. Kepentingan penerapan nilai kekeluargaan perlu diberi perhatian dan keutamaan oleh semua pihak khususnya guru dan ibu bapa dalam menentukan kemenjadian murid pada masa hadapan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |