UPM Institutional Repository

Kelemahan novel Jeriji Kasih sebagai teks pendidikan kesusasteraan Melayu: satu penilaian berdasarkan gagasan persuratan baru


Citation

Hassan @ Zulkifli, Muhammad Zarif and Baki, Roselan (2012) Kelemahan novel Jeriji Kasih sebagai teks pendidikan kesusasteraan Melayu: satu penilaian berdasarkan gagasan persuratan baru. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, 7-9 Okt. 2012, The Zon Regency by the Sea, Johor Bahru. .

Abstract

Novel Jeriji Kasih merupakan teks wajib yang baharu bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Sebagai teks pendidikan, novel Jeriji Kasih didakwa memaparkan “gaya penceritaan yang menarik”, mengandungi “ilmu” serta mampu menjadikan murid seorang insan yang berfikir tentang “kebaikan, kebenaran, dan kehalusan budi pekerti”. Makalah bertujuan merungkai kandungan novel Jeriji Kasih berdasarkan kepada struktur naratif novel. Sehubungan itu, makalah memanfaatkan kerangka analisis Gagasan Persuratan Baru (PB), guna untuk meneliti sejauh mana dakwaan-dakwaan tersebut diakui kebenarannya. Pemilihan PB tepat kerana PB menawarkan kerangka asas yang mengutamakan “ilmu” berbanding “cerita”, yang dilihat selari dengan dakwaan yang terhadap teks. Analisis kajian mendapati novel mengandungi kelemahan yang merangkumi kandungan dan maklumat pada fizikal novel. Intipati novel yang berkisar pada idea pokok yang negatif jelas bertentangan dengan dakwaan yang dikenakan ke atas novel. Ini dapat dilihat melalui beberapa manipulasi alat penceritaan seperti watak, plot dan insiden. Selain itu, analisis juga menolak dakwaan kandungan novel mengandungi ilmu tetapi sebaliknya.


Download File

[img] Text
125.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (199kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Keywords: Knowledge; Story; Narrative axis; Narrative space; Content; Discourse content
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Jun 2018 08:35
Last Modified: 07 Jun 2018 08:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60546
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item