Citation
Mohamed Mokhtar, Marzni and Baki, Roselan and Abd Rahman, Fadzilah
(2012)
Perspektif kualitatif guru terhadap pelaksanaan amalan penaksiran dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif.
In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, 7-9 Okt. 2012, The Zon Regency by the Sea, Johor Bahru. (pp. 1-15).
Abstract
Pencapaian sesebuah objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mampu dilaksanakan dengan berkesan sekiranya proses penaksiran dalam pendidikan diberikan perhatian sewajarnya oleh guru. Hal ini demikian dalam konteks pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif, tuntutan untuk menaksir karangan yang dihasilkan oleh murid amat kompleks sifatnya memandangkan penulisan karangan ini memerlukan pernyataan fakta yang relevan dan huraian yang mantap bagi menyokong sebarang hujah yang dipaparkan oleh murid selain daripada mengelakkan timbulnya sebarang keraguan dalam kalangan pembaca terhadap isu yang dibincangkan. Justeru, guru perlu melengkapkan diri sebagai individu yang memiliki pengetahuan dan pengalaman yang kompeten berkaitan proses penaksiran yang bakal dilangsungkan. Menyedari akan timbulnya kesenjangan yang berkaitan dalam isu penaksiran, tujuan kajian yang dilaksanakan adalah untuk meneliti perspektif guru terhadap amalan penaksiran yang diamalkan dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumenttaif yang diaplikasikan oleh guru bahasa Melayu pada peringkat sekolah menengah. Pemilihan reka bentuk penyelidikan kualitatif dilihat sangat signifikan dalam menjana kefahaman yang lebih jelas dan mendalam berkaitan cara amalan penaksiran karangan diaplikasikan di sekolah dalam kalangan peserta kajian. Pengumpulan data kajian daripada enam guru bahasa Melayu yang direkrut sebagai peserta kajian telah dilakukan dengan menggunakan teknik pengumpulan data berbentuk temu bual separa berstruktur, pemerhatian di dalam bilik darjah dan penganalisisan dokumen. Antara tema yang dapat dibentuk menerusi dapatan kajian telah menunjukkan kecenderungan peserta kajian menggunakan pendekatan penaksiran, jangka masa yang diperuntukkan untuk melakukan amalan penaksiran dan bentuk komunikasi yang terbina antara guru dengan murid dalam melicinkan pengaplikasian proses penaksiran karangan di dalam bilik darjah.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |