UPM Institutional Repository

Penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah masa kini


Citation

Othman, Mohamad Khairi and Suhid, Asmawati and Mat Rashid, Abdullah and Roslan, Samsilah (2012) Penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah masa kini. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, 7-9 Okt. 2012, The Zon Regency by the Sea, Johor Bahru. (pp. 1-16).

Abstract

Dewasa ini masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat dan amat membimbangkan. Ini menimbulkan persoalan sejauhmanakah penghayatan nilai murni dalam kehidupan mereka dipraktikkan? Justeru, kertas kerja ini membentangkan dapatan kajian berkaitan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah masa kini. Kajian ini penting untuk menjelas dan mengesahkan status semasa penghayatan nilai murni pelajar supaya usaha membendung gejala sosial dapat diatasi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan deskriptif. Data dikutip melalui soal selidik yang melibatkan sampel kajian terdiri daripada 448 orang pelajar sekolah menengah harian terpilih di Semenanjung Malaysia dan disokong dengan data temubual separa struktur seramai 12 orang responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya penghayatan nilai murni pelajar berada pada tahap sederhana tinggi. Kajian ini mendapati hanya 3 dimensi nilai murni yang menunjukkan tahap penghayatan yang tinggi iaitu nilai kesyukuran, nilai patriotisme dan nilai hormat menghormati. Manakala 14 dimensi nilai murni menunjukkan tahap penghayatan yang sederhana tinggi. Di antara nilai-nilai tersebut, nilai yang terendah ialah nilai berdikari, nilai semangat bermasyarakat dan nilai kerajinan. Kesimpulannya, beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kertas kerja ini dalam usaha membentuk nilai murni pelajar.


Download File

[img] Text
98.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (236kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Keywords: Internalization; Noble values; Students; Social problems; The present
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Jun 2018 08:34
Last Modified: 07 Jun 2018 08:34
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60539
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item