UPM Institutional Repository

Hubungan pengetahuan dan sikap guru sains pertanian terhadap pengajaran kontekstual


Citation

Abdul Latir, Siti Shuhaidah and Hamzah, Ramlah and Mat Rashid, Abdullah (2012) Hubungan pengetahuan dan sikap guru sains pertanian terhadap pengajaran kontekstual. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, 7-9 Okt. 2012, The Zon Regency by the Sea, Johor Bahru. (pp. 1-9).

Abstract

Guru yang menggunakan pendekatan pengajaran kontekstual boleh membantu pelajar menguasai subjek sains pertanian secara menyeluruh dan bermakna, dan seterusnya meningkatkan minat pelajar untuk menceburi kerjaya dalam bidang pertanian. Pengetahuan dan sikap guru pula didapati mempengaruhi perlaksanaan guru tehadap pendekatan pengajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Tujuan kajian ini untuk menentukan tahap pengetahuan kontektual guru dan hubungan pengetahuan dan sikap guru sains pertanian terhadap pengajaran kontekstual. Responden kajian ialah daripada kalangan 35 guru sains pertanian yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan. Instrumen kajian telah dibentuk berdasarkan kajian lepas yang berkaitan. Keputusan kajian mendapati guru sains pertanian mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan sikap yang positif terhadap pengajaran kontekstual. Terdapat hubungan yang signifikan, r= .667 antara pengetahuan dan sikap guru sains pertanian terhadap pengajaran kontekstual, serta terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan r= .368 dan sikap guru sains pertanian, r= .523 dengan kekerapan penggunaan pendekatan pengajaran kontekstual. Kesimpulannya pengetahuan dan sikap adalah dua pembolehubah yang menentukan penggunaan pendekatan kontekstual di kalangan guru.


Download File

[img] Text
12.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (228kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Keywords: Contextual teaching; Teacher; Knowledge; Attitude
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Jun 2018 08:34
Last Modified: 07 Jun 2018 08:34
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60537
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item