Citation
Mohd Salleh, Nor Saadah
(2015)
Kolokasi makna leksikal dalam iklan produk kecantikan.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan mengangkat peranan bahasa Melayu dalam bidang pengiklanan produk kecantikan. Hal ini disebabkan bidang pengiklanan yang begitu luas telah
menyebabkan aspek pemilihan kata yang digunakan sebagai kata pencetus telah digunakan secara sewenang-wenangnya sehingga boleh mengelirukan masyarakat. Melalui usaha itu kaedah mengenal pasti makna kata dari aspek kolokasi makna leksikal yang mencakupi tema kecantikan. Oleh itu, kajian ini dapat menganalisis makna leksikal dan kolokasinya dalam frasa terpilih iklan produk kecantikan tersebut untuk mencapai objektif pertama kajian ini iaitu menganalisis makna leksikal dan kolokasinya yang
terkandung dalam frasa terpilih dalam iklan produk kecantikan.. sekali bagi menepati objektif kedua adalah merumuskan penggunaan makna frasa dalam iklan produk
kecantikan kulit. Seterusnya, frasa yang terdapat dalam analisis kata yang berkolokasi ini mampu mencipta kolokasi baru kepada para pengiklan dalam iklan produk
kecantikan dapat mencapai objektif terakhir.. Oleh itu, kajian ini akan cuba meneliti makna leksikal yang didukung oleh iklan produk kecantikan tersebut. Berlandaskan Teori Makna Teks (Igor Melcuk, 1986) sebagai sandaran kajian tentang makna leksikal dan Teori Fungsi Tatabahasa Sistemik (Micheal Halliday, 1985) dan kedua-dua teori ini diguna pakai oleh Salinah Jaafar (2007) dalam kajiannya sebagai sandaran terhadap kajian frasalogi. Tatacara analisis kajian ini dijalankan dengan meneliti setiap frasa yang menjadi slogan iklan produk kecantikan kulit yang dikutip dari sumber data sebanyak 96 buah majalah Mingguan Wanita sepanjang tahun 2011 - 2012.
Seterusnya kaedah analisis data dibuat yang merupakan kaedah pembuktian makna leksikal dan kolokasinya. Hal ini dapat dibuktikan lagi melalui penjelasan berlandaskan
Teori Makna Teks (Igor Melcuk, 1986) sebagai teori utama di samping teori lain, iaitu Teori Tatabahasa Sistemik (Micheal Halliday, 1985) yang mencakupi frasa-frasa.
Analisis data dibuat melalui janaan garis konkordans daripada laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dapatan diperoleh daripada kajian ini didapati sejumlah besar leksikal yang berkaitan dengan kecantikan mampu memberi pengaruh kepada golongan wanita untuk memperoleh produk yang diiklankan berdasarkan leksikal yang digunakan oleh pengiklan terpilih telah membuka satu penemuan baru. Hal ini kerana terdapat frasa yang digunakan tidak berkolokasi tetapi mempunyai keserasian dalam aspek kolokasi. Penemuan ini dapat dijadikan satu entri baru dan boleh diketengahkan dalam kajian masa hadapan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |