Citation
Hj. Jusoh, Adilah
(2015)
Citra busana dalam Naskhah Melayu Syair Agung.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini adalah analisis tentang gambaran busana dalam Naskhah Melayu Syair Agung (NMSA) yang telah diselenggarakan oleh Zahir Ahmad, dan diterbitkan pada
tahun 1991. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis citra busana dalam NMSA, menghuraikan bahan, corak, warna, dan buatan busana serta
menganalisis fungsi busana yang digambarkan kepada masyarakat dalam teks tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dengan mengumpulkan data-data
berkaitan busana dalam NMSA dan mengaplikasikannya dengan menggunakan pendekatan estetika. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai jenis busana digambarkan dalam teks yang dapat dikategorikan kepada pakaian, perhiasan dan peralatan atau kelengkapan. Berdasarkan kepada pengkategorian tersebut, didapati
bahawa terdapat sebilangan gambaran busana dalam jenis yang sama, namun dipaparkan oleh pengarang dengan nama busana yang berlainan. Malah, sesetengah busana yang digambarkan itu ada membawa kepada maksud yang berlainan pada masa kini. Pada waktu yang sama, didapati busana pakaian lebih banyak memaparkan aspek bahan, corak, warna dan pembuatan. Hal ini demikian kerana, busana pakaian
merupakan keperluan utama bagi setiap manusia, berbanding dengan busana perhiasan dan peralatan atau kelengkapan yang hanya diperlukan mengikut masa dan keadaan tertentu sahaja. Kepelbagaian gambaran busana yang dipaparkan dalam NMSA mempunyai fungsi yang bersesuaian kepada masyarakat dalam sesebuah upacara adat istiadat, majlis dan juga peristiwa.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |