UPM Institutional Repository

Hubungan khabar angin (grapevine) dalam organisasi den kesannya tehadap kakitangan di sebuah universiti awam


Citation

Md Ghani, Miharaini (2015) Hubungan khabar angin (grapevine) dalam organisasi den kesannya tehadap kakitangan di sebuah universiti awam. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Komunikasi dikatakan menjadi elemen terpenting kepada sesebuah organisasi sama ada kerajaan mahupun swasta. Penyampaian maklumat yang tidak benar dalam sesebuah organisasi akan menimbulkan grapevine. Grapevine telah diperkenalkan pada Perang Saudara sebagai satu medium untuk berkomunikasi dari mulut ke mulut dalam menyampaikan sesuatu maklumat sungguhpun ianya tidak rasmi dan tidak tepat atau juga dikenali sebagai khabar angin atau gosip. Grapevine bukan sahaja memberi impak kepada organisasi malah kepada kakitangan juga. Sungguhpun demikian, grapevine ini dikenali sebagai medium komunikasi tidak formal, tetapi ianya lebih bersifat negatif dan sangat berbahaya kerana setiap maklumat yang disampaikan melalui grapevine dikhuatiri adalah tidak benar di samping ianya disebarkan secara spontan dan cepat. Kajian ini mempunyai enam objektif utama yang telah diketengahkan iaitu mengkaji pola komunikasi kakitangan, mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan penyebaran grapevine, mengkaji tahap penerimaan kakitangan tentang sesuatu maklumat, mengkaji kesan grapevine terhadap kakitangan di sebuah universiti awam, mengkaji hubungan di antara faktor-faktor utama yang menyebabkan penyebaran grapevine terhadap kesannya kepada kakitangan dan mengkaji hubungan di antara tahap penerimaan tentang sesuatu maklumat terhadap kesannya kepada kakitangan. Kaedah pengumpulan data primer bagi kajian ini adalah berpandukan kepada kaedah kuantitatif secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 346 orang responden. Responden yang terpilih adalah melalui kaedah persampelan bertujuan daripada 5 buah fakulti di sebuah universiti awam. Borang soal selidik yang terbahagi kepada 5 bahagian ini telah dilengkapi dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22. Prosedur yang terlibat dalam menganalisa data ialah statistik deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Antara prosedur lain ialah skor min / cut off point dan ujian korelasi Pearson r. Di samping itu, ujian korelasi juga telah diaplikasikan bagi menguji perhubungan di antara pembolehubah utama kajian. Dapatan kajian antara lain menunjukkan bahawa kesan ke atas grapevine yang melibatkan kakitangan pentadbiran dan sokongan adalah kuat dan ianya mempunyai hubungan yang signifikan walaupun disebabkan oleh beberapa faktor. Ini bermaksud apabila terdapat khabar angin yang disebarkan, ianya akan menjejaskan hubungan dalam kalangan kakitangan pentadbiran dan sokongan di sebuah universiti awam yang disebabkan oleh beberapa faktor. Ini berikutan kerana tahap penerimaan kakitangan tentang sesuatu maklumat terhadap kesannya kepada kakitangan juga adalah kuat.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2015 64IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Rumour
Subject: Organization - Public universities
Call Number: FBMK 2015 64
Chairman Supervisor: Mohd Nizam Osman, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 26 Apr 2018 04:16
Last Modified: 26 Apr 2018 04:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60375
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item