UPM Institutional Repository

Perkaitan kesesuaian jenaka dalam komunikasi instruksional dengan pembelajaran pelajar di sebuah universiti awam


Citation

Mohd Zaharim, Mohd Ziyad Afiq (2015) Perkaitan kesesuaian jenaka dalam komunikasi instruksional dengan pembelajaran pelajar di sebuah universiti awam. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Jenaka merupakan elemen yang sering digunakan semasa komunikasi instruksional. Kekurangan elemen yang mampu membuat pelajar terhibur juga memberi impak kepada ketidakupayaan pelajar untuk mengekalkan fokus kepada pembelajaran. Objektif yang ingin dicapai daripada kajian ini adalah mengenal pasti tahap penggunaan jenis jenaka sesuai (appropriate humor) yang digunakan oleh pengajar semasa proses komunikasi instruksional, mengenal pasti tahap pembelajaran pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) semasa proses komunikasi instruksional, mengenal pasti tahap kesesuaian penggunaan elemen jenaka dalam komunikasi instruksional, menentukan hubungan di antara penggunaan jenis jenaka sesuai (appropriate humor) dengan tahap pembelajaran pelajar. Teori yang menjadi asas dalam penyelidikan ini ialah Instructional Humor Processing Theory (IHPT). Pendekatan kuantitatif yang digunakan adalah kaedah tinjauan dan edaran borang soal selidik. Responden terdiri daripada 400 orang pelajar pra siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM). Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah dan persampelan bertujuan. Dua prosedur statistik telah digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk mengenal pasti nilai peratusan, min, purata dan sisihan piawai. Manakala statistik inferensi berupaya menerangkan hubungan, perkaitan dan peramal yang menyumbang antara pemboleh ubah yang dikaji. Antara ujian yang digunakan dalam statistik inferensi adalah ujian korelasi dengan pekali Pearson Product-Moment. Dapatan kajian dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science for Windows (SPSS). Dalam pada itu, ujian korelasi Pearson menunjukkan jenis jenaka yang tidak dirancang menunjukkan hubungan hubungan yang tidak signifikan dengan tahap pembelajaran pelajar, selain itu jenaka yang berkaitan tajuk, jenaka yang tidak berkaitan dengan tajuk dan jenaka yang merendah-rendahkan personaliti pelajar menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan dengan tahap pembelajaran pelajar. Penggunaan jenaka sesuai perlu dipelbagaikan lagi metod penyampaian agar mempengaruhi proses instruksional ke arah yang lebih positif.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2015 63IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Communication skills
Subject: Effective teaching - Public universities
Call Number: FBMK 2015 63
Chairman Supervisor: Nor Azura Adzharuddin, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 26 Apr 2018 04:17
Last Modified: 26 Apr 2018 04:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60373
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item