Citation
Mohd Ayob, Nur Faezah
(2015)
Perbandingan antara terjemahan manusia dengan terjemahan mesin dalam penterjemahan teks teknikal.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penghasilan teks terjemahan berkualiti yang mampu mewujudkan kesan seperti teks sumber merupakan isu yang sangat penting dalam bidang penterjemahan. Terjemahan
manusia dikatakan dapat menghasilkan terjemahan yang lebih berkualiti berbanding terjemahan mesin. Namun, terjemahan mesin mampu menterjemah dengan lebih cepat
dan lebih konsisten berbanding terjemahan manusia. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji kualiti hasil terjemahan manusia dan terjemahan mesin dalam menterjemahkan teks teknikal. Pengkaji akan mengenal pasti aspek persamaan antara terjemahan manusia dengan terjemahan mesin, menganalisis kaedah terjemahan
berdasarkan pilihan perkataan yang digunakan serta merumuskan kaedah terjemahan yang melibatkan unsur budaya oleh terjemahan manusia dan terjemahan mesin. Kaedah
kajian yang digunakan ialah kaedah analisis teks berbentuk kualitatif. Sampel kajian terdiri daripada buku Fitness 24/7 (2008), buku Cergas 24/7 (2008) dan terjemahan mesin Google Translate. Analisis data akan dijalankan secara deskriptif dengan menggunakan pendekatan teori semantik dan komunikatif oleh Peter Newmark (1981). Selain itu, pendekatan kaedah terjemahan oleh Vinay dan Darbelnet dalam Venuti (2000) serta Veisbergs (1997) dan panduan kaedah menterjemahkan unsur budaya oleh Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan (2005) turut digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persamaan yang wujud antara terjemahan manusia dengan terjemahan mesin dalam menterjemahkan teks teknikal adalah sangat rendah, iaitu hanya 25%. Lagi, terjemahan mesin banyak menggunakan kaedah terjemahan lama untuk menterjemah, iaitu menghasilkan peratus sebanyak 75% berbanding terjemahan manusia yang menggunakan kaedah terjemahan lama dan baharu secara seimbang. Malah, terjemahan manusia mampu menterjemahkan unsur budaya yang terdapat
dalam teks sumber dengan baik sesuai dengan budaya pembaca sasaran. Hal ini membuktikan bahawa walaupun terjemahan mesin banyak membantu kehidupan masyarakat dalam penterjemahan, namun kepakaran tenaga manusia juga sangat diperlukan bagi menghasilkan terjemahan yang berkualiti dan menepati kehendak pembaca sasaran.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |