UPM Institutional Repository

Terjemahan komunikatif unsur budaya dalam sajak bahasa Melayu ke dalam bahasa Perancis


Citation

Salehan, Dinie Asyraf and Hassan @ Hussin, Omrah and Zainon Hamzah, Zaitul Azma (2015) Terjemahan komunikatif unsur budaya dalam sajak bahasa Melayu ke dalam bahasa Perancis. In: 5th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2015), 2-3 Dec. 2015, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 769-780).

Abstract

Kerja-kerja penterjemahan puisi merupakan salah satu cabang bidang terjemahan yang dianggap sukar oleh para penggiat bidang terjemahan, kerana terjemahan yang dilakukan adalah melibatkan bukan sahaja penyampaian makna, malah penghayatan yang dialami oleh pembaca dalam bahasa sumber. Penyampaian ini berlaku melalui terjemahan karya daripada masyarakat bahasa sumber kepada masyarakat bahasa sasaran yang menggunakan bahasa masing-masing. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti aspek dan menghuraikan terjemahan komunikatif yang diterapkan dalam terjemahan sajak-sajak antologi Le Mékong dalam bahasa Perancis, yang diterjemahkan daripada sajak-sajak antologi Sungai Mekong dalam bahasa Melayu. Aspek yang difokuskan ialah terjemahan unsur budaya. Terjemahan komunikatif merupakan salah satu jenis terjemahan yang diketengahkan oleh Newmark (1981) dalam Teori Terjemahan Semantik dan Komunikatif yang mementingkan penyampaian makna daripada pengekalan struktur dalam bahasa sumber. Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan kaedah analisis teks untuk menganalisis hasil terjemahan dalam bahasa sasaran serta perbandingan dengan puisi asal dalam bahasa sumber. Analisis kontrastif yang dilakukan mendapati bahawa terjemahan komunikatif digunakan dalam menterjemahkan sajak-sajak antologi Le Mékong, dan unsur budaya yang terdapat dalam hasil terjemahan didapati telah disesuaikan dengan budaya bahasa sasaran, iaitu bahasa Perancis oleh penterjemah. Bersesuaian dengan kaedah terjemahan komunikatif, struktur asal sajak tidak dikekalkan bagi membolehkan pembaca sajak dalam bahasa sasaran dapat lebih memahami dan menghayati sajak apabila penyesuaian unsur budaya dalam penggunaan bahasa Perancis diaplikasi dalam terjemahan sajak ini.


Download File

[img] Text
44-35.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (339kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Communicative translation; Translating poetry; Culture elements; Malay language; France language
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 21 May 2018 01:29
Last Modified: 21 May 2018 01:29
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60319
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item