Citation
Salehan, Dinie Asyraf and Hassan @ Hussin, Omrah and Zainon Hamzah, Zaitul Azma
(2015)
Terjemahan komunikatif unsur budaya dalam sajak bahasa Melayu ke dalam bahasa Perancis.
In: 5th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2015), 2-3 Dec. 2015, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 769-780).
Abstract
Kerja-kerja penterjemahan puisi merupakan salah satu cabang bidang terjemahan yang dianggap sukar oleh para penggiat bidang terjemahan, kerana terjemahan yang dilakukan adalah melibatkan bukan sahaja penyampaian makna, malah penghayatan yang dialami oleh pembaca dalam bahasa sumber. Penyampaian ini berlaku melalui terjemahan karya daripada masyarakat bahasa sumber kepada masyarakat bahasa sasaran yang menggunakan bahasa masing-masing. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti aspek dan menghuraikan terjemahan komunikatif yang diterapkan dalam terjemahan sajak-sajak antologi Le Mékong dalam bahasa Perancis, yang diterjemahkan daripada sajak-sajak antologi Sungai Mekong dalam bahasa Melayu. Aspek yang difokuskan ialah terjemahan unsur budaya. Terjemahan komunikatif merupakan salah satu jenis terjemahan yang diketengahkan oleh Newmark (1981) dalam Teori Terjemahan Semantik dan Komunikatif yang mementingkan penyampaian makna daripada pengekalan struktur dalam bahasa sumber. Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan kaedah analisis teks untuk menganalisis hasil terjemahan dalam bahasa sasaran serta perbandingan dengan puisi asal dalam bahasa sumber. Analisis kontrastif yang dilakukan mendapati bahawa terjemahan komunikatif digunakan dalam menterjemahkan sajak-sajak antologi Le Mékong, dan unsur budaya yang terdapat dalam hasil terjemahan didapati telah disesuaikan dengan budaya bahasa sasaran, iaitu bahasa Perancis oleh penterjemah. Bersesuaian dengan kaedah terjemahan komunikatif, struktur asal sajak tidak dikekalkan bagi membolehkan pembaca sajak dalam bahasa sasaran dapat lebih memahami dan menghayati sajak apabila penyesuaian unsur budaya dalam penggunaan bahasa Perancis diaplikasi dalam terjemahan sajak ini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |