Citation
Abd Rahim, Normaliza and Abdul Halim, Hazlina and Mamat, Roslina and Mansor, Nor Shahila
(2015)
Persepsi pelajar terhadap cerita rakyat Melayu.
In: 5th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2015), 2-3 Dec. 2015, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 719-729).
Abstract
Kajian ini tertumpu kepada persepsi pelajar terhadap cerita rakyat Melayu. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti dan membincangkan persepsi pelajar terhadap cerita rakyat Melayu. Sampel kajian terdiri daripada 20 subjek pelajar lelaki dan perempuan di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Pelajar diberi tiga buah cerita rakyat dan mereka ditemubual berpandukan kefahaman mereka terhadap cerita tersebut. Perbualan mereka dirakam dan dianalisis dengan menggunakan analisis wacana oleh Brown & Yule (1983). Keputusan kajian mendapati bahawa pelajar telah membuat andaian, implikasi, rujukan dan inferen melalui ujaran tentang cerita tersebut. Selain itu, pelajar amat menyukai cerita rakyat kerana semua cerita adalah menarik dan mudah untuk difahami. Adalah diharapkan supaya kajian akan datang dapat membezakan di antara cerita rakyat Melayu dengan cerita rakyat Korea.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |