UPM Institutional Repository

Kesan kemahiran regulasi dalam pembelajaran teks Cina


Citation

Loh, Chee Hou and Ang, Lay Hoon (2015) Kesan kemahiran regulasi dalam pembelajaran teks Cina. In: 5th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2015), 2-3 Dec. 2015, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 639-646).

Abstract

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dimulakan pada tahun 2011. Pelaksanaan ini memberi penekanan utama kepada kemahiran menaakul iaitu keupayaan seseorang membuat pertimbangan atau penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengaplikasikan pendekatan pengajaran baru, terutamanya Kemahiran Berfikir Asas Tinggi (KBAT) dan program I-Think dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekolah. Pendekatan tersebut bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di samping melahirkan modal insan yang boleh memperoleh pencapaian tinggi dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran. Dengan kata lain, mereka mempunyai keupayaan untuk menangani masalah yang ditemui tanpa bergantung kepada orang lain. Maka, kajian ini dibuat untuk mengkaji bagaimana refleksi pelajar dapat membantu dalam pembelajaran teks Bahasa Cina. Soal selidik yang melibatkan seramai 195 orang murid sebagai responden telah dijalankan di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina. Data dianalisis secara deskriptif melalui Statistic Packages for Social Science (SPSS). Hasil kajian menunjukkan bahawa murid mencapai tahap kemahiran regulasi yang sederhana (min = 3.62). Dengan adanya kemahiran regulasi, pelajar dijangka akan memperolehi keputusan yang baik semasa penilaian atau peperiksaan dijalankan. Ini menjelaskan bahawa kemahiran regulasi adalah penting kepada individu yang seperti mana telah disokong oleh laporan-laporan kajian lepas. Oleh itu, pelajar dinasihati supaya lebih banyak mengadaptasikan kemahiran regulasi dalam pembelajaran akademik bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam pembelajaran teks bahasa Cina.


Download File

[img] Text
44-25.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (276kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Regulation; Text; Chinese language
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 21 May 2018 01:28
Last Modified: 21 May 2018 01:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60298
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item