UPM Institutional Repository

Ciri-ciri struktur penulisan surat perang pada zaman Al-Khulafa' Al-Rashidin


Citation

Mohamad Ali, Khairul Anwar and Hajimaming, Pabiyah and Ismail, Muhd Zulkifli (2015) Ciri-ciri struktur penulisan surat perang pada zaman Al-Khulafa' Al-Rashidin. In: 5th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2015), 2-3 Dec. 2015, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 532-552).

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan ciri-ciri struktur penulisan surat perang pada zaman Al-Khulafa’ Al-Rashidin. Struktur Penulisan Surat adalah merujuk kepada Format Umum Penulisan Surat yang merangkumi Al-Muqaddimat, Al-Takhallus, Al-Madmun dan Al-Khitam. Kajian ini telah memilih 35 teks surat-surat perang pada zaman Al-Khulafa’ Al-Rashidin yang ditulis oleh khalifah dan panglima tentera muslimin sebagai data kajian. Dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks, kajian ini cuba menjelaskan ciri-ciri struktur atau format penulisan surat perang dan membincangkan unsur-unsur estetika atau keindahan seni di sebalik setiap bentuk format yang digunakan oleh khalifah-khalifah Al-Rashidin dan panglima-panglima perang pada zaman tersebut. Hasil analisis terhadap format penulisan surat perang secara umumnya menunjukkan bahawa format penulisan surat perang pada zaman Al-Khulafa’ Al-Rashidin adalah terdiri daripada empat struktur iaitu ; 1. Al-Muqaddimah, 2. Faslu Al-Khitab, 3. Al-Madmun dan 4. Al-Khitam. Walau bagaimanapun, kajian ini telah mendapati bahawa format penulisan surat perang pada zaman Al-Khulafa’ Al-Rashidin tidak terikat dengan format umum penulisan surat. Sebaliknya, format surat perang pada zaman tersebut berubah bentuk dan struktur daripada kebiasaannya mengikut situasi dan tema penulisan surat.


Download File

[img] Text
44-20.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (828kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Letter format; Al-Manhaj; Adab Al-Tarassul; Al-Rasail Al-Harbiyyah; Al-Khulafa' Al-Rashidin
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 18 May 2018 03:45
Last Modified: 18 May 2018 03:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60287
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item