UPM Institutional Repository

Bahasa tabu dalam wacana Nabawi dan penghayatannya dalam masyarakat Melayu masa kini


Citation

Wan Sulong, Wan Muhammad and Mohamad, Ab Halim and Ismail, Muhd Zulkifli and Abdul Aziz, Adi Yasran (2015) Bahasa tabu dalam wacana Nabawi dan penghayatannya dalam masyarakat Melayu masa kini. In: 5th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2015), 2-3 Dec. 2015, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 508-518).

Abstract

Tabu dalam bahasa ialah sesuatu yang dilarang, pantang larang atau yang ditegah daripada dipercakapkan. Tabu merupakan suatu strategi kesantunan yang melibatkan aspek kebahasaan supaya ciri-ciri akhlak, adab, kesopanan dan adat yang dijunjung dalam masyarakat dapat dipatuhi bersama oleh setiap anggota masyarakat. Kajian ini bertujuan mengenalpasti unsur-unsur tabu dalam bahasa yang digunakan oleh masyarakat Islam pada zaman Rasulullah SAW melalui analisis terhadap teks wacana Nabawi terpilih. Wacana Nabawi mengikut kajian ini teks-teks percakapan yang berlaku antara Nabi Muhammad SAW dengan para sahabat Baginda SAW yang berlaku pada zaman awal Islam. Analisis teks-teks tersebut dilakukan dengan menggunakan pendekatan Model Grid SPEAKING dalam Teori Etnografi Komunikasi yang diperkenalkan oleh Dell Hymes (1986) terutamanya yang melibatkan analisis konteks situasi dan budaya. Hasil analisis akan merungkai unsur tabu yang terdapat dalam peristiwa percakapan anggota masyarakat pada zaman tersebut dan latar budaya dan situasi yang mendasari penggunaannya. Berdasarkan dapatan kajian dikemukakan cadangan konsep tabu masyarakat Islam Nabawi yang perlu dihayati oleh masyarakat Melayu masa kini. Selaras dengan kedudukan Wacana Nabawi yang merupakan rujukan kedua terpenting selepas al-Quran al-Karim bagi umat Islam, dapatan kajian dapat menjadi panduan kepada masyarakat Melayu masa kini dalam membudayakan nilai-nilai kesantunan dan kesopanan akhlak sebagaimana yang ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Download File

[img] Text
44-19.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (543kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Taboo; Retrieved discourse; Language politeness; Euphemism; Malay culture
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 18 May 2018 03:45
Last Modified: 18 May 2018 03:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60282
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item