Citation
Zakaria, Ezalinda and Zakaria, Noor Syamilah
(2016)
Penerapan teori kaunseling semasa internship dalam kalangan pelajar Master Bimbingan dan Kaunseling.
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 622-627).
Abstract
Perkhidmatan kaunseling yang berkesan ialah perkhidmatan yang bersandarkan kepada teori. Kefahaman dan amalan yang berlandaskan teori dapat memberi keyakinan dan hala tuju kepada kaunselor dalam menjalankan tugasan dan peranannya. Kaunselor juga dapat memberikan fokus kepada bantuan yang diberikan kepada klien melalui aplikasi teori yang tepat. Penggunaan teori dalam amalan kaunseling akan dapat membantu kaunselor dalam memberi sepenuh perhatian dan usaha terhadap apa yang menjadi punca kepada permasalahan klien. Teori kaunseling adalah aspek paling asas yang perlu difahami oleh setiap kaunselor. Tanpa pemahaman yang mendalam tentang teori kaunseling, proses menolong tidak mungkin dapat dijalankan dengan berkesan. Penggunaan teknik- teknik tersendiri yang terdapat di dalam setiap teori kaunseling dapat membantu proses penerokaan dan penyelesaian masalah bagi sebarang isu dengan lebih sistematik dan teraputik. Teori merupakan asas yang membolehkan kaunselor berupaya memberikan sesuatu pengalaman perkhidmatan kaunseling dengan lebih terperinci. Pemahaman serta amalan teori yang tepat akan dapat membantu mengawal pemikiran dan tindakan kaunselor agar dapat membuat penerokaan dan penilaian proses kaunseling dengan lebih berkesan. Internship kaunseling merupakan medium yang sangat baik untuk mengukur tahap pengetahuan, pemahaman, pengaplikasian dan penerapan teori kaunseling semasa sesi kaunseling sedang berlangsung. Semasa mengendalikan sesi kaunseling, pelajar Master Bimbingan dan Kaunseling akan menggunakan pelbagai kemahiran asas dan lanjutan dalam kaunseling. Oleh itu, kertas cadangan ini ditulis bertujuan untuk mencadangkan satu kajian kes interpretatif untuk meneliti sejauh manakah pengetahuan, pemahaman, pengaplikasian dan penerapan teori kaunseling oleh para pelajar Master Bimbingan dan Kaunseling semasa menjalani internship kaunseling di seting seperti sekolah, institusi pengajian tinggi awam serta jabatan-jabatan kerajaan. Tempoh internship merupakan platform terbaik untuk mengukur sejauh manakah peserta kajian menerap teori kaunseling dalam tempoh latihan sekaligus memberikan gambaran terkini tentang kemampuan mereka memilih, memahami, mengaplikasi dan menerap teori kaunseling dalam perkhidmatan kaunseling.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |